Harga jauh lebih rendah - Arsenal diberi petunjuk untuk menandatangani pemain Barcelona.

Arsenal kembali dikaitkan dengan Coutinho.

Pada hujung minggu lalu, media Inggeris muncul kembali dengan laporan mengaitkan Arsenal dengan Philippe Coutinho.

Cadangan ataupun idea ini timbul kerana, sekiranya Arsenal gagal menjamin masa depan Martin Odegaard di Emirates selepas musim ini, The Gunners akan mencari pemain lain, dan pemain Barcelona itu boleh menjadi pengganti kepada pemain muda tersebut.

Tuntutan tersebut pasti berakhir di Sepanyol, di mana minat Arsenal yang berpotensi untuk mendapatkan pemain itu mungkin memberi kegembiraan kepada pihak kelab Catalan.

Bagai mendukung biawak hidup.

Tidak lama selepas menandatangani pemain Brazil itu, Barcelona bagaikan menyesali melakukan pembelian tersebut.

Sudahlah berbelanja besar, namun impak yang diberikan pemain itu tidaklah begitu berbaloi sehinggakan menyaksikan Coutinho dipinjamkan ke Jerman.

Bebanan kewangan juga membayangi mereka sepanjang tempoh itu dan kini, bagaikan tidak ada keinginan besar untuk melihat Coutinho berjaya disana.

Edisi Selasa Mundo Deportivo melaporkan bahawa jika pemain tersebut mencapai 100 perlawanan untuk Barcelona, ​​maka 20 juta euro lagi akan dibayarkan kepada Liverpool.


Itulah sebabnya dia akan diserahkan kepada Arsenal, atau kelab lain dalam hal ini, dengan 'harga yang jauh lebih rendah' ​​daripada nilainya. 

Peluang ini jelas yang terbaik untuk The Gunners sekiranya mereka mahu dan tidak boleh dilupakan juga bagaimana hebatnya Coutinho pada zamannya di Liga Perdana Inggeris.

Namun adalah ianya berbaloi untuk mendapatkan bekas pemain Liverpool ini?

Post a Comment

Previous Post Next Post