Dua kunci utama yang akan menentukan di mana masa depan Ødegaard akan berada.
Martin Ødegaard menjadi pemain termuda yang bermain untuk Norway pada peringkat senior, pada usia 15 tahun dan 253 hari. |
"Saya gembira dengan corak mereka yang bermain dengan pantas.
"Saya juga tidak mempunyai keyakinan diri ataupun sedikit keyakinan sebelum ini dan saya rasa saya semakin baik setiap hari ”.
Menggambarkan Arteta sebagai 'sangat baik', pemain perancang itu percaya 'ada banyak yang harus dipelajari darinya' dalam beberapa bulan mendatang, yang dapat membuktikan kunci masa depannya.
Temubual itu tidak akan lengkap jika tidak bertanyakan mengenai masa depan pemain muda ini dan dia telah ditanya mengenai situasinya menjelang jendela perpindahan musim panas.
Dia menjawab: "Sejujurnya, saya belum memikirkannya.
"Sekarang saya ada janji temu pada musim panas dan saya hanya fokus mengenai itu.
"Saya mahukan kestabilan dan kemajuan.
"Itu adalah kunci. "
Fabrizio Romano, wartawan tersohor telah melaporkan semalam bahawa masa depan pemain muda itu bergantung kepada Zinedine Zidane.
Zidane tidak pernah menemui cara untuk melibatkan Odegaard walaupun bakat muda itu sihat dan Odegaard mungkin tidak mahu berada dalam situasi yang sama musim depan sekiranya Zidane akan terus meletakkannya dibangku simpanan ataupun tidak disenaraikan dalam skuad perlawanan.
Martin Ødegaard: “My future at Arsenal? The deal with Arsenal is until the end of season. We'll see what happens this summer. I've said things before that I still stand for: stability and development are key words...”. 🇳🇴 @arilasos #AFC https://t.co/SPubXLIYmY
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 23, 2021
Kontrak Odegaard dengan Real Madrid akan berakhir pada musim panas 2023, jadi pada penghujung hari Madrid harus mempercayainya dan berhenti menghantarnya secara pinjaman sekiranya mereka mahu Odegaard memberikan komitmen untuk melanjutkan kontrak.
Sudah pasti itu bukanlah perkara yang diingin kita selaku peminat dan penyokong Arsenal.
Namun, sebagaimana Dani Ceballos, perkara sama juga mungkin boleh terjadi terhadap Odegaard dengan Arsenal mampu/boleh melanjutkan kontrak pinjamannya sehingga tahun 2022, sebelum pemain itu memperbaharui kontraknya bersama Real Madrid.
Sekurang-kurangnya itu lebih baik buat masa ini.