Punca kenapa Arsenal sukar menandatangani Odegaard secara kekal pada musim panas ini.

Peminat mahukan Arsenal menandatangani Martin Odegaard secara kekal menjelang musim panas ini.

Prestasi mengagumkan dan menarik yang dipamerkan pemain kebangsaan Norway itu berjaya memikat hati penyokong dan peminat Arsenal.

Bukan itu saja, malah keseluruhan pasukan turut gembira dengan apa yang disumbangkan Martin Odegaard setakat ini.

Maka tidak hairanlah apabila peminat Arsenal sangat terdesak untuk menyaksikan kelab menandatangani Odegaard secara kekal pada musim panas ini, tetapi The Gunners menghadapi halangan besar untuk mendapatkan pemain Norway itu secara kekal.

Pemain tengah Real Madrid itu menyertai Arsenal secara pinjaman pada jendela perpindahan Januari lalu dan akan berakhir pada akhir musim ini.

Semenjak itu, pemain muda tersebut tidak lagi menoleh ke belakang dan terus maju dalam mengembangkan karier serta prestasinya.

Odegaard sangat cemerlang bersama The Gunners, membantu kelab mara ke suku akhir Liga Europa dan kembali ke landasan dalam menempatkan kelab di kelompok teratas Liga Perdana Inggeris.

Pada hari Ahad, dia membuat penampilan mengagumkan, memainkan peranan penting dalam gol penyamaan setelah Arsenal bangkit dari ketinggalan tiga gol untuk seri 3-3 menentang West Ham, merencanakan gerakan untuk Nicolas Pepe membantu Alexandre Lacazette menjaringkan gol penting.

Mikel Arteta menjelaskan mengenai prestasi Odegaard setelah tamat perlawanan itu: "Saya rasa dia memiliki prestasi yang luar biasa, dia sangat bijak membaca permainan, cara dia mempengaruhi permainan dan sekali lagi dia menunjukkan betapa dia inginkan kemenangan.

"Ketika semua orang sedikit gemetar, dia memberi kami ketenangan pada bola dan dia menciptakan peluang demi peluang.

"Saya suka pemain berbakat dan kreatif yang sepanjang masa bersedia mengambil bola dan membuat sesuatu berlaku, yang mudah mengubah dan juga rajin. 

"Dia adalah salah seorang daripada mereka.

"Kami mempunyai beberapa pemain lain dengan kualiti yang berbeza tetapi benar bahawa Martin [Odegaard] kini memberi kita tahap yang berbeza pada situasi tertentu yang tidak kita miliki."

Walaupun peminat Arsenal kini terdesak untuk menyaksikan kelab menandatangani Odegaard secara kekal, tetapi ada halangan besar yang terpaksa dilalui, dan itu adalah klausa pelepasan yang dimilikinya.

Di bawah peraturan La Liga, semua pemain dalam saingan teratas Liga Sepanyol mesti mempunyai klausa pelepasan, tetapi Odegaard sangat 'menakutkan', saat ini bernilai £ 301 juta dengan kontraknya hanya akan berakhir pada 2023.

Sudah tentu, Real Madrid dapat melepaskan Odegaard kurang dari nilai itu, tetapi Los Blancos nampaknya sangat berminat untuk mendapatkan kembali pemain muda mereka menjelang musim depan.

Mereka pernah melakukannya dahulu, dimana menjelang musim ini, setelah Odegaard sangat terkesan ketika beraksi bersama Real Sociedad, menyebabkan Real memanggilkan pulang.

Namun peluang beraksi dan minit permainan yang terhad menyaksikan dia meminta untuk dilepaskan secara pinjaman.

Arsenal berharap keinginan pemain berusia 22 tahun itu untuk bermain secara tetap akan membawanya ke Utara London, tetapi akhirnya, Real Madrid tidak mungkin membiarkan perkara itu berlaku dan klausa pelepasan meletakkan mereka dalam kedudukan yang sangat kuat.

Post a Comment

Previous Post Next Post