Lacazette jadi sasaran dengan rancangan kelab untuk mencari keseimbangan.

Penyerang Arsenal 'sedang dipertimbangkan' di tengah rancangan kelab untuk mencari 'keseimbangan' dengan keadaan kontrak boleh dimanfaatkan.

Alexandre Lacazette dilaporkan menjadi sasaran berpotensi untuk Roma musim panas ini kerana mereka tidak mampu untuk mendaptatkan Mauro Icardi dari PSG.

Penyerang Arsenal ini akan memasuki tahun terakhir kontraknya di Emirates musim panas ini dan setakat ini, belum ada petunjuk bahawa Arsenal akan melanjutkan kontraknya.

Ekoran itu, pemain Perancis tersebut dikaitkan dengan perpindahan keluar dari kelab dengan beberapa pihak di Eropah dipercayai sedang berunding untuk mendapatkan khidmatnya.

Roma menjadi salah satu kelab yang berminat dan menurut Corriere Dello Sport, mereka mengatakan bahawa kelab itu memandang Lacazette sebagai sebahagian daripada sasaran utama dalam penyusunan semula yang sedang dirancang.

Akhbar tersebut menjelaskan bahawa kelab itu berusaha untuk mencapai 'keseimbangan', terutama pada tahap ekonomi dan ini adalah sesuatu yang telah disasarkan oleh Pengarah Bolasepak, Tiago Pinto.

Laporan Corriere Dello Sport.

Rancangan mereka adalah untuk membiarkan beberapa pemain meninggalkan kelab, setelah kontrak berakhir dan itu akan membuka ruang dalam sturktur kewangan dengan penjimatan hasil pembayaran gaji.

Antara pemain yang mungkin akan meninggalkan mereka adalah Eden Dzeko, yang masih mempunyai kontrak selama satu tahun tetapi pada masa ini kelihatan 'tidak dapat dielakkan' untuk berpindah mencari angin baharu.

Itu akan membebaskan €14 juta pada bil gaji mereka dan rancangan Roma adalah untuk menggantikannya dengan penyerang top-level dengan gaji yang lebih munasabah.

Mereka mahukan Mauro Icardi, tetapi ia tidak sesuai dengan bajet yang dimiliki dan di sinilah nama Lacazette menjadi perhatian dengan menyatakan penyerang Arsenal itu dianggap sebagai alternatif.

Kontrak Lacazette di Emirates akan berakhir pada tahun 2022, jadi ada kemungkinan kesepakatan dapat dicapai dan diselesaikan, dengan Pinto mengharapkan sekurang-kurangnya dapat menggunakan €20 juta dalam bajet pembayaran gaji.

Lacazette ketika ini menerima £9.5 juta setahun bersamaan (sekitar) €11juta setahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post