Leeds mahukan bekas pengendali Juventus.

Leeds dilaporkan mempunyai bekas jurulatih Juventus, Allegri dalam senarai pendek.

Bekas jurulatih Juventus dan AC Milan, Max Allegri kini berada dalam radar Leeds United.

The Sunday Times melaporkan Leeds tetap berharap agar Marcelo Bielsa menandatangani pembaharuan kontrak di Elland Road, tetapi mereka juga mempunyai rancangan lain sekiranya perkara tersebut tidak berlaku.

Allegri telah dikenal pasti sebagai pengganti berpotensi untuk pengurus baharu The Whites.

Semenjak meninggalkan Juventus pada musim 2018/19, Allegri yang memimpin Old Lady untuk merangkul banyak gelaran Serie A masih tidak terikat dengan mana-mana kelab sehingga kini.

Sebelum ini juga, bekas pengendali Juventus itu turut dikaitkan dengan Arsenal namun tidak pernah menjadi kenyataan.

Dalam perkembangan lain, turut dilaporkan bahawa tidak ada dakwaan mengenai Bielsa tidak akan menandatangani perjanjian baharu dengan Leeds sebelum kempen musim ini berakhir.

Tetapi jika perkara yang tidak dapat dijangka itu benar-benar berlaku, maka Andrea Radrizzani (pengerusi Leeds) telah memastikan kelab itu bersedia dengan calon-calon yang telah disenarai pendek.

Post a Comment

Previous Post Next Post