Leicester dan Arsenal 'memerhatikan pemain' yang dikatakan mampu menandingi Dayot Upamecano.

Arsenal bersaing dengan Leicester bagi mendapatkan 'Dayot Upamecano baru' 

Selepas terlepas untuk menandatangani Dayot Upamecano yang sebenar, kini Arsenal dan Leicester City kini mengalihkan perhatian mereka kepada jelmaan Dayot Upamecano.

Pemain pertahanan RB Leipzig yang akan berpindah ke Bayern Munich pada musim panas nanti, memulakan kariernya bersama Valenciennes di Perancis sebelum menyertai RB Salzburg pada tahun 2015.

Dayot Upamecano akan menyertai Bayern Munich pada 1 Julai 2021.

Nampaknya, kelab Perancis itu (Valenciennes) menjadi kilang untuk menghasilkan pemain bek tengah berkualiti, kerana kedua-dua The Foxes dan The Gunners mengawasi Ismael Doukoure, bek tengah berusia 17 tahun yang telah membuat 15 penampilan bersama pasukan utama.

Strasbourg di Ligue 1 juga dikatakan berminat mendapatkan pemain itu dan menurut Foot Mercato, Leicester dan Arsenal difahamkan sedang 'mengawasi' pemain pertahanan' yang diibaratkan jelmaan Dayot Upamecano kerana risau mengenai tarikan yang diberikannya.

Auteur de bonnes prestations avec Valenciennes ces derniers mois (15 apparitions toutes compétitions confondues chez les pros), Ismaël Doukouré attiré l'oeil de plusieurs clubs parmi l'élite mais aussi à l'étranger. Selon nos informations, le RC de Strasbourg ont approché le défenseur central de 17 ans solide dans les duels et doté d'une bonne technique balle au pied

Pada masa ini,  Doukoure mempunyai kontrak sehingga 2023 dan masih ada masa untuk dia berkembang di Valenciennes, tetapi jika kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris mula bergerak, terutama pasukan Foxes setelah kejayaan mereka dengan Wesley Fofana, dia mungkin akan berakhir di England lebih cepat daripada dari jangkaan.

Le club alsacien aimerait l'attirer dans ses rangs pour la saison prochaine. Friands de jeunes joueurs français, Leicester et Arsenal ont également un œil sur le valenciennois, que l'on compare déjà à Dayot Upamecano pour sa précocité et son poste, qui est sous contrat jusqu'en juin 2023 avec son club formateur.

Doukoure telah tampil dalam 15 perlawanan di semua pertandingan untuk Valenciennes dan persembahannya di bahagian pertahanan nampaknya menarik perhatian trio tersebut di atas.

Kepantasannya, ancaman di udara dan kemampuan bermain bola telah membezakannya dari rakan sebayanya yang lain.

Tidak mengejutkan sekiranya dia akan bermain dalam saingan tertinggi Inggeris atau Perancis lebih cepat jika dia terus berkembang pada tahap ini.

Ismael Doukoure telah membuat 15 penampilan bersama skuad utama Valenciennes.

Leicester City menandatangani Wesley Fofana dari Saint-Etienne pada musim panas lalu dan pemain berusia 20 tahun itu telah menjadikan dirinya sebagai salah seorang bek tengah terbaik di Liga Perdana Inggeris musim ini.

The Foxes berharap dapat membawa masuk pemain pertahanan muda yang lain dengan potensi besar seperti yang dimiliki Doukoure, tetapi Arsenal dilihat lebih berpotensi untuk menarik pemain remaja itu.

Walaupun Leicester dengan idealnya dapat menawarkan jalan yang lebih cepat untuk terus bermain bersama pasukan utama, status The Gunners sebagai salah satu kuasa besar dapat meningkatkan peluang mereka.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta adalah peminat kepada mana-mana pemain muda yang ingin membuktikan diri mereka dan pertahanan tengah seperti Doukoure sesuai dengan gaya permainannya.

Pun begitu, The Gunners juga memiliki agak ramai pemain muda pada bahagian pertahanan dan kemungkinan besar Doukoure ditandatangani untuk prospek masa depan ataupun sebagai pelaburan semata-mata.

Kita tunggu dan lihat.

Post a Comment

Previous Post Next Post