Hubungan David Moyes dan Mikel Arteta tidak asing lagi di mana pengurus Arsenal itu pernah bergandingan selama enam tahun ketika mereka berada di Everton.
Arteta membuat 200 penampilan bersama Everton dan akhirnya membantu kelab itu melayakkan diri ke Liga Juara-Juara sebelum berpindah menyertai Arsenal pada 2011.
Kedua-duanya mempunyai hubungan yang baik untuk diperkatakan antara satu sama lain sebelum pertembungan derby London yang penting malam ini, yang mungkin akan menentukan musim depan kedua-dua kelab dan invididu ini.
Inilah apa yang diperkatakan kedua-dua mereka sebelum derby penting malam ini di Stadium London.
Apa kata Moyes?
"Sekiranya mereka mempertimbangkan untuk membuat perubahan di Arsenal, itu tidak masuk akal," kata Moyes.
"Saya rasa ini adalah perkara yang sangat bodoh untuk dilakukan terhadap seseorang yang telah masuk dan memenangi beberapa piala.
"Semua orang tahu dia harus mengambil masa untuk melakukan perubahan.
"Dia harus diberi peluang untuk melakukannya.
"Jadi, jika itu semuanya dipertimbangkan oleh media, atau telah dipertimbangkan oleh kelab, maka saya hanya dapat melihatnya sebagai keputusan yang salah kerana Mikel memerlukan masa, seperti yang diperlukan semua pengurus.
Mikel Arteta telah memenangi dua trofi dalam masa yang singkat di Emirates. |
"Tetapi saya fikir, terutamanya ketika anda memikul jawatan seperti itu. Sekiranya ada, anda perlu diberi sedikit peluang untuk mengubahnya. "
Apa kata Arteta?
"Dia adalah individu yang memperkenalkan saya ke Liga Perdana.
"Dia sangat berpengaruh, ” kata Arteta.
"Pertama sekali pada tahap peribadi kerana saya fikir dia menjadikan saya orang yang lebih baik.
"Membuat saya matang pada peringkat awal karier saya. "
Namun, semua itu terpaksa dilupakan seketika kerana mereka berdua akan membimbing pasukan mereka di Stadium London malam ini.
West Ham v Arsenal - apa yang dipertaruhkan?
Lebih dari kebanggaan derby London pada perlawanan ini dan juga penting bagi peluang kedua-dua pasukan untuk layak ke bolasepak Eropah melalui kedudukan liga.
West Ham berada di kedudukan kelima dalam carta Liga Perdana Inggeris dengan 48 mata, dua mata di depan Liverpool dan tiga di belakang Chelsea, dengan memiliki kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan berbanding dua pasukan itu.
Arsenal pula berada di kedudukan ke-10, tujuh mata di belakang Everton, berkongsi mata dengan Aston Villa tetapi telah bermain lebih satu perlawanan.
West Ham dapat menyamakan kedudukan dengan Chelsea seandainya mencatatkan kemenangan malam ini dan mengukuhkan peluang mereka untuk slot bolasepak Eropah.
Arsenal perlu menang bukan sekadar untuk perlawanan ini tetapi untuk mencari peluang kembali ke Eropah, tetapi jika mereka kalah dalam perlawanan ini, satu-satunya jalan mereka mungkin adalah dengan menjuarai Liga Europa.
Walaupun prestasi Mikel Arteta dilihat lebih baik berbanding bekas jurulatihnya pada awal musim, namun perlawanan ini, menentang seteru London akan menguji kehebatan sebenar mereka, memandangkan penampilan mereka yang baru di liga.