Pengarah Arsenal secara aktif membincangkan penjualan Aubameyang musim panas.

Pengarah Arsenal secara aktif membincangkan penjualan kapten pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang musim panas ini menurut laporan.

Football Insider melaporkan beberapa individu yang mempunyai kuasa di dalam Arsenal merasakan bahawa pemain berusia 31 tahun itu sudah melewati puncak kariernya dan sudah tiba waktunya untuk pemain tersebut dijual.

Memang, Arsenal bersedia untuk mendengar sebarang tawaran musim panas ini bagi Aubameyang, jika laporan tersebut dipercayai.

Mereka melihat bahawa penjualan Aubameyang akan dapat membantu meningkatkan dana perpindahan pasukan pada musim panas ini.

Tetapi memandangkan usia pemain itu (akan berusia 32 tahun pada musim panas ini), gaji dan harga yang tinggi, mungkin sukar bagi Arsenal untuk mencari pembeli.

Arsenal are planning to listen to offers for former golden boy Pierre-Emerick Aubameyang this summer, Football Insider has learned.

Pengurus The Gunners, Mikel Arteta baru-baru ini menggugurkan kaptennya untuk derby Utara London menentang Tottenham atas sebab disiplin. 

Bagaimanapun, perkara tersebut telah pun diselesaikan, menurut pengurus itu.

Arsenal bakal menghadapi jendela perpindahan musim panas paling sukar kali ini sekiranya gagal layak ke saingan Eropah dengan ketika ini peluang hanya akan hadir jika menjuarai Liga Europa.

Kedudukan liga (Liga Perdana Inggeris) juga tidak begitu membantu sekiranya gagal menjuarai Liga Europa kerana skuad  Arteta ketika ini menduduki tangga kesembilan dengan baki perlawanan hanya tinggal sembilan perlawanan lagi.

Lawan Arsenal seterusnya adalah Liverpool pada 4 Mac 2021, jam 3pagi waktu Malaysia.

Sekiranya kalah ataupun seri, peluang untuk menempatkan diri dikalangan empat teratas menjadi semakin kabur.

Post a Comment

Previous Post Next Post