Usmanov guna 'dana Kroenke' untuk bina Arena USM buat Everton.


Alisher Usmanov dalam pelaburan seterusnya setelah menerima tawaran Arsenal berjumlah £ 550 juta dari Stan Kroenke.

Melihat lebih dekat bagaimana bekas pemegang saham Arsenal, Alisher Usmanov dapat mempengaruhi Everton dan rancangan mereka untuk berpindah ke stadium baru.

Usmanov mungkin menerima suntikan tambahan mengenai rancangannya untuk pelaburan lebih lanjut di Everton.

Jutawan Rusia yang mempunyai kekayaan bernilai $18.5 bilion mengikut Forbes, secara rasmi merupakan pemegang saham kedua terbesar di Arsenal, yang pada awalnya membeli kelab itu pada tahun 2007.

Tetapi pada bulan Ogos 2018 dia menerima tawaran £ 550 juta dari Stan Kroenke untuk sahamnya dan hasilnya, jutawan Amerika itu menjadi pemegang saham tunggalkelab bolasepak Arsenal.

Pun begitu, The Gunners bukan satu-satunya kelab yang dilaburkan oleh Usmanov.

Sejak 2017, Usmanov melalui syarikatnya, USM Holdings telah menaja tempat latihan Everton dan melanjutkan tempoh tajaan tersebut musim panas lalu dengan menyaksikan mereka menjadi Rakan Penyampai Hari Perlawanan Rasmi Everton, dengan logo MegaFon terpampang di sekitar Goodison Park dan di lengan jersi pasukan.

Usmanov tahun lalu telah menjelaskan bahawa dia sudah bersedia untuk meningkatkan penglibatannya dengan pasukan Merseyside dan kini dengan dana yang dimilikinya itu pasti menarik mengenai rancangan yang akan dijalankannya bersama Everton.

Warga Rusia itu, yang merupakan teman rapat kepada pemegang saham majoriti Toffees, Farhad Moshiri, memberi pentunjuk untuk membuat perjanjian hak penamaan untuk stadium baharu kelab itu.

"Ya. Dengan senang hati, jika dia bertanya," katanya kepada Financial Times, ketika ditanya adakah dia ingin bergabung dengan Moshiri di Everton. 

"Saya memikirkan pelaburan saya di kelab ini. Saya tidak dapat menolak Arsenal

"Saya tidak akan meninggalkan mereka sebagai peminat. 

"Tetapi jika saya bergabung dengan Everton, saya akan memakai baju Everton, kerana saya seorang yang profesional.

"Mereka akan membina stadium baharu. 

"Mengapa tidak Arena USM?

"Tiada kewajipan bagi saya untuk turut serta secara invidu. 

"Saya juga boleh hanya menaja mereka, sebagai penaja."

Harapan Usmanov untuk memperolehi kebenaran bagi hak penamaan stadium nampaknya telah diberi dorongan besar dengan Liverpool Echo melaporkan bahawa Everton telah dmaklumkan mengenai rancangan untuk membangun sebuah stadium baharu di Bramley-Moore Dock dapat diteruskan.

Laporan itu menyatakan bahawa Robert Jenrick, Setiausaha Negara untuk Perumahan, Komuniti dan Kerajaan Tempatan, telah mengkaji kebenaran merancang pada bulan lalu tetapi memberi lampu hijau pada hari Jumaat.

Kenyataan Everton berbunyi: "Penilaian kerajaan, amalan biasa untuk pembangunan, ukuran dan skala rancangan stadium Everton, dilakukan setelah Jawatankuasa Perancangan Majlis Bandaraya Liverpool secara bulat suara bersetuju mengenai rancangan tersebut pada 23 Februari.

"Kelab ini mendapat pengesahan bertulis mengenai persetujuan Setiausaha Negara untuk rancangan itu hari ini.

The decision to approve a new 52,888-capacity waterfront arena allows the Club to complete its agreed acquisition of the site from Peel L&P and the funding solution for the project, ensuring the club can begin to make the plans a reality. 

Everton berharap dapat berpindah ke rumah baharu mereka pada awal musim 2024-25, tetapi adakah Usmanov akan menrealisasikan hasratnya untuk menamakannya sebagai Arena USM ? 

Post a Comment

Previous Post Next Post