Arsenal akan berkunjung ke Stadium London bagi pertembungan Liga Perdana Inggeris malam ini menentang West Ham United.
The Gunners baru-baru ini dikalahkan Olympiacos 1-0 pada perlawanan kedua Liga Europa peringkat 16 tetapi masih layak ke suku akhir dengan kemenangan agregat 3-2.
Pada perlawanan tersebut, Arsenal beraksi agak teruk kerana melepaskan beberapa peluang terhidang untuk menjaringkan gol.
Sudah pasti Mikel Arteta akan melakukan perubahan drastik dan menampilkan barisan yang kuat dalam aksi derby London malam ini.
Arsenal kini dibezakan dengan 10 mata dengan pasukan di tempat terakhir kelayakan Liga Juara-Juara dan tujuh mata di belakang Hammers, yang menduduki tempat ataupun slot yang layak beraksi bagi saingan Liga Europa musim depan.
Perlawanan malam ini dan seterusnya sudah tentu sangat penting dan perlu mencatatkan kemenangan bagi membolehkan The Gunners mengekalkan prospek mereka layak untuk ke bolasepak Eropah melalui liga.
Arsenal masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan terakhir liga dengan mengumpul tujuh mata dan telah mengalahkan The Hammers dalam lima daripada enam pertemuan sebelum ini.
Formasi: 4-2-3-1
Ramalan kesebelasan utama:
Bernd Leno telah menjadi pilihan yang tidak dapat dipertikaikan lagi untuk mengawal gawang bagi saingan Liga Perdana dan Liga Europa, dia kemungkinan akan dimulakan pada perlawanan malam ini.
Arteta mungkin tidak akan membuat perubahan ketara pada pertahanan yang kelihatan kukuh sejak beberapa perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.
Hector Bellein boleh menjadi satu-satunya pemain yang akan digantikan dalam kesebelasan utama malam ini dengan Cedric Soares kemungkinan akan menggantikan pemain Sepanyol di pertahanan kanan.
Thomas Partey kelihatan sangat mantap untuk sebahagian besar aksi derby Utara London hujung minggu lalu sebelum dia mula melakukan kesilapan.
Dia hanya bermula sebagai pemain simpanan ketika menentang Olympiacos pada pertengahan minggu, tetapi dia masih merupakan pemain yang mampu mengawal pemilikan bola dalam hampir setiap perlawanan yang dimainkannya.
Arteta masih harus menyokongnya dalam kesebelasan permulaan dan kemungkinan akan bergandingan dengan Granit Xhaka di bahagian tengah.
Untuk barisan depan, Bukayo Saka dianggap cergas setelah mengalami kecederam hamstring ringan, dan kemungkinan akan kembali di sayap kanan menggantikan Nicolas Pepe.
Martin Odegaard telah menjaringkan gol secara berturut-turut untuk The Gunners, tetapi dia melepaskan peluang menjaringkan gol yang hebat pada pertengahan minggu, setelah dimasukkan dari bangku simpanan.
Pun begitu, dia juga mencipta dua hantaran utama untuk Pierre-Emerick Aubameyang dan Nicolas Pepe, yang juga mensia-siakan peluang dengan mudah.
Pemain dari Norway itu mungkin akan menggantikan Dani Ceballos dalam peranan nombor 10 malam ini dengan Emile Smith Rowe beroperasi di sayap kiri.
Aubameyang mungkin direhatkan dan bermula di bangku simpanan setelah tampil buruk ketika menentang Olympiacos di mana dia boleh melakukan hatrik.
Sebagai ganti, Alexandre Lacazette adalah calon yang mungkin menggantikannya di depan.
Lacazette juga ada melakukan kesalah dengan terlepas peluang di depan gawang akhir-akhir ini, tetapi dia melakukan tekanan yang baik ketika menentang Tottenham Hotspur hujung minggu lalu dan menjaringkan penalti kemenangan.
Kesebelasan ramalan utama Arsenal (4-2-3-1): Leno; Cedric, Luiz, Gabriel, Tierney; Partey, Xhaka; Saka, Odegaard, Smith Rowe; Lacazette.