Arsenal memulakan perbincangan untuk dapatkan seorang lagi Martinelli.

The Gunners telah menghubungi kakitangan kelab untuk mendapatkan maklumat pemain.

Mungkin Gabriel Martinelli tidak akan menjadi satu-satunya pemain Brazil yang memiliki nama keluarga seperti ini, bermain untuk Arsenal pada tahun-tahun mendatang.

Itu kerana menurut laporan terbaru, The Gunners telah membuat pendekatan untuk pemain muda Fluminense, Matheus Martinelli.

Matheus Martinelli, 19 tahun.

Globo Esporte mengatakan Arsenal adalah salah satu kelab yang mempunyai scout mengikutinya dan memulakan hubungan dengan kakitangan kelab untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat mengenai keadaan pemain tersebut.

Oleh kerana ini hanyalah hubungan awal, masih belum ada perbincangan dengan Fluminense atau tanda-tanda kemungkinan tawaran akan dibuat mahupun perbincangan mengenai itu.

Martinelli dilindungi oleh klausa pelepasan bernilai € 40 juta dan menurut Globo Esporte, pemain dan kakitangannya tidak memikirkan perpindahan ke Eropah buat masa sekarang kerana mereka ingin menikmati lebih banyak masa di Fluminense. 

Tambahan pula pemain itu mendapat peluang cerah untuk tampil di Copa Libertadores musim ini.

Pasukan Rio de Janeiro itu sebelum ini telah menjual Richarlison dan Joao Pedro ke Watford dan akan mengesahkan perpindahan Kayky ke Manchester City. 

Melihatkan perkembangan ini, pemain-pemain yang dibentuk dari kelab Brazil ini mula menjadi perhatian kelab-kelab Inggeris.

Malah Man. United juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan Martinelli dan ini pastinya akan memberi saingan kepada Edu untuk membawa masuk seorang lagi pemain Brazil ke Emirates.

Difahamkan pihak Ole Gunnar Solskjær  sedang mencari penyelesaian tambahan di bahagian tengah mereka pada musim panas ini kerana Paul Pogba mungkin dalam perjalanan keluar sementara Nemanja Matic semakin berusia.

The Red Devils telah dikaitkan dengan calon pengganti kepada kedua-dua pemain tadi dengan nama  Declan Rice menjadi sebutan.

Namun nilai ataupun pemain Inggeris terlalu tinggi (mahal pebedil) dan Martinelli adalah alternatif yang lebih murah walaupun kurang berpengalaman.

Post a Comment

Previous Post Next Post