Pemilik kelab telah menetapkan tanda harga € 6-8 juta pada pemain sasaran Arsenal.

Pertahanan muda yang menjadi fenomena ketika ini.

Beberapa minggu lalu, dilaporkan bahawa Arsenal sedang memantau dan mengawasi Ismael Doukoure.

Pemain pertahanan muda, yang kini berada di Valenciennes di Ligue 2, telah menjadi fenomena selepas berjaya menembusi pasukan utama dan mempamerkan aksi yang cukup mengagumkan.

Dilabelkan sebagai jelmaan Dayot Upamecano kerana posisi dan kedudukan yang dimainkannya selain fakta bahawa mereka berdua bermain untuk kelab yang sama (Valenciennes) pada usia muda, Doukoure, 17 tahun, menarik banyak perhatian ketika ini.

La Voix des Sports mengulas lanjut perkara ini pada hari Isnin dan menyenaraikan semuanya, menamakan pasukan seperti Barcelona, ​​AS Roma, Juventus, Benfica dan beberapa pasukan lain termasuklah Arsenal.

Perkara utama artikel itu adalah untuk mengetahui berapa tinggi nilai pemain itu dan berapakah harga yang akan dilepaskan Valenciennes sekiranya terdapat mana-mana kelab yang berminat.

Valenciennes pada musim 2015/16 telah melepaskan Upamecano pada harga € 2.2 juta kepada kelab Austria, Liefering FC.

Dayot Upamecano juga pernah dikaitkan dengan Arsenal.

Dengan mengambil kira pandemik Covid-19 dan fakta bahawa Valenciennes bukanlah kelab besar mahupun kaya, sudah pasti harga pemain itu bukanlah serendah seperti mana mereka menjual Upamecano dahulu.

Dilaporkan bahawa presiden mereka, Eddy Zdziech, telah 'menetapkan minimum € 6-8 juta' untuk membuka perbincangan bagi pemain muda itu.

Keratan akhbar La Voix des Sports.

Mengambil kira nilai ataupun harga yang ditetapkan itu, ianya mungkin dilihat berbaloi sekiranya prestasi pemain itu (Doukoure) juga mengikuti jejak langkah Upamecano.

Cuma, menjadi masalah untuk membentuk dan 'membelanya' dahulu sebelum mampu menyinar dan menjadi seorang pemain yang matang, serta mampukah pemain muda itu nanti bersabar.

William Saliba berusia 20 tahun yang dipinjamkan ke Nice musim ini.

Perkara ini mungkin kita telah dilihat di Arsenal dengan situasi yang melanda William Saliba setelah berjaya ditandatangani, namun masih belum mendapat peluang sehingga kini (terpaksa dipinjamkan).

Arsenal musim ini boleh dikatakan memiliki agak ramai pemain pertahanan dan kekurangannya adalah pemain pertahanan berpengalaman yang mampu membimbing pemain lain ataupun pemain muda.

Post a Comment

Previous Post Next Post