Dia mungkin telah berpindah, tetapi Mesut Ozil tidak melupakan waktunya di Real Madrid.

Pemain tengah Fenerbahce itu tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan El Clasico pada Sabtu malam dan menggunakan media sosial untuk meraikan kemenangan bekas kelabnya itu.

"Perlawanan luar biasa," kapsyen Ozil laman sosial Twitter miliknya. 

"Mata El Clasico yang besar. Kegemaran untuk gelaran [menjuarai liga] sekarang."

Ozil mengakhiri tweetnya itu dengan hashtag #HalaMadrid.

Itu bukanlah satu-satunya komen beliau mengenai aksi malam itu, Ozil juga begitu kagum dengan gol pembukaan Karim Benzema, sehinggakan beliau memuji bekas rakan sepasukannya itu.

"Penyerang terbaik LaLiga menunjukkan kelasnya lagi - kawan saya Benzi," kata Ozil.

Pemain berusia 32 tahun itu telah membuat 159 penampilan untuk Real Madrid dalam jangka masa tiga tahun antara 2010 dan 2013, sepanjang waktu itu beliau menjaringkan 27 gol dan memnghasilkan 80 bantuan gol sebelum berpindah menyertai Arsenal.

Masih menunggu adakah Ozil akan memberikan perhatian pada derby Utara London kelak?

Post a Comment

Previous Post Next Post