Arsenal kembali dengan rentak kemenangan setelah berjaya mengalahkan Sheffield United pagi tadi.

Arsenal terus mengekalkan harapan mereka untuk bermain dalam pertandingan Eropah musim depan dengan kemenangan 3-0 ke atas Sheffield United yang menyaksikan pasukan tuan rumah terus kekal ditangga tercorot.

Alexandre Lacazette menjaringkan dua gol sementara Gabriel Martinelli menyumbangkan satu gol untuk memastikan kemenangan 3-0 ke atas Sheffield United di Bramall Lane pagi tadi.

Penyerang Perancis itu cemerlang menyempurnakan umpanan menarik Dani Ceballos untuk meletakkan pelawat di depan sebelum Martinelli dengan tenang menolak masuk ke gawang lawan setelah percubaan Nicolas Pepe di tepis Aaron Ramsdale.

Lacazette terus cemerlang untuk melengkapkan kemenangan 3-0 The Gunners apabila menyudahkan umpanan Thomas Partey dengan rembatan bergaya di minit ke-85.

Kemenangan pagi tadi meletakkan Arsenal ini di tangga kesembilan liga, berkongsi mata (45) dengan Leeds United.

Perkara Positif.

Anak buah Mikel Arteta mencatatkan kemenangan pertama mereka dalam lima perlawanan di semua pertandingan.

Kemenangan pagi tadi turut dibantu dengan rekod tanpa bolos - clean sheet pertama mereka dalam tiga perlawanan terkini, setelah sebelumnya dibolosi enam gol dalam dua perlawanan. 

Perlawanan padi tadi juga menyaksikan kita semua dihidang dengan gerakan Ceballos yang menarik dan persembahan Lacazette yang menakjubkan.

Perkara Negatif

Bukayo Saka mengalami kecederaan paha pagi tadi.

The Gunners mungkin kehilangan khidmat pemain muda yang sangat cemerlang, Bukayo Saka yang mengalami kecederaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post