Manchester United dan Tottenham sertai Arsenal untuk mendapatkan pemain RB Leipzig pada musim panas ini.
Arsenal bukanlah satu-satunya pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berminat terhadap bintang RB Leipzig, Christopher Nkunku, dengan Manchester United dan Tottenham juga turut sama dikatakan berhasrat mendapatkan pemain itu.
Itu menurut Fussball Transfers, yang mengatakan pemain Perancis itu 'berada dalam senarai' ketiga-tiga kelab Inggeris itu menjelang jendela perpindahan musim panas.
Arsenal sering kali dikaitkan dengan perpindahan Nkunku untuk musim panas ini dengan laporan pada bulan November menyatakan minat The Gunners terhadap pemain itu.
Malah awal bulan ini juga, laporan mengenai Arsenal dan pemain itu telah diulas kami yang mana The Gunners turut menghadapi kesukaran mendapatkan pemain itu - Arsenal perlukan pentas Eropah untuk mengoda pemain.
Terdapat beberapa laporan mengenai kemungkinan pergerakkan akan berlaku pada musim panas ini dengan situasi di Jerman menjelaskan bahawa pemain itu mungkin berpindah setelah kecewa dengan pelbagai masalah di Leipzig.
Perkara itu disokong oleh wartawan SportBILD, Christian Falk semalam, yang mengesahkan pemain itu adalah antara sasaran berpotensi Arsenal tetapi menyatakan kesepakatan mungkin sukar untuk diselesaikan.
Manchester United dan Tottenham kini turut sama menyertai Arsenal dan berada dalam senarai pasukan berminat.
Menurut Fussball Transfers, mereka mengatakan bahawa sumber yang rapat dengan mereka telah mengesahkan bahawa kedua-dua kelab Inggeris itu (Man.United dan Spurs) telah meletakkan pemain berusia 23 tahun itu dalam senarai sasaran mereka..
According to FT information, Leipzig's Christopher Nkunku has landed on the radar of three top English clubs. According to information from our editors, Manchester United, Tottenham Hotspur and Arsenal FC have the 23-year-old on the list. Meanwhile, RB captain Willi Orban has extended his contract until 2025. - Fussball Transfers.
Bagaimanapun, setakat hari ini tidak ada sebarang maklumat yang mengatakan bahawa ketiga-tiga kelab Inggeris itu telah mengemukakan tawaran ataupun terdapat perkara serius dari mana-mana kelab, ianya sekadar maklumat yang mengatakan mereka semua hanya memerhatikan perkembangan pemain tengah itu sahaja.
Berpindah ke England dan menyertai Tottenham mungkin dilihat lebih masuk akal, memandangkan Jose Mourinho sedang merancang untuk melakukan perubahan menyeluruh pasukan itu pada musim panas ini dan bahagian tengah mereka juga tidak memiliki percikan kreatif.
Manakala untuk menyertai Manchester United pula kurang masuk akal memandangkan pemain yang dimiliki mereka, Donny van de Beek masih tidak digunakan sepenuhnya Ole Gunnar Solskjær, bahkan pemain itu masih gagal menempatkan diri ke dalam skuad utama Red Devils.
Donny van de Beek, menyertai Man. United pada Ogos 2020 dalam perpindahan berjumlah £ 35 juta ditambah dengan bayaran tambahan £ 5 juta. |
Sudah tentu, dengan pengosongan pemain lain dari Old Trafford mungkin dapat mengubah situasi ini, tetapi Arsenal dan Spurs lebih masuk akal buat masa ini.
Cuma kekurangan Arsenal adalah daya tarikan bolasepak Eropah (sekiranya gagal memenangi Liga Eropa dengan peluang menempatkan diri di kelompok empat teratas EPL juga sukar).
Walau apa pun, ini mungkin sesuatu yang harus diperhatikan pada musim panas dengan nama Nkunku sama seperti nama-nama yang pernah kita saksikan berulang kali disebut dan dikaitkan dengan Arsenal - begitu banyak dan kerap dilaporkan menjelang jendela perpindahan dibuka.