"Pilihan nombor satu" - Pemain Real Madrid ingin menyertai Arsenal namun ejen menggunakan kuasa veto dalam menidakkan perpindahan itu.
Musim 2011/12 menyaksikan Eden Hazard meninggalkan Lille dan pemain antarabangsa Belgium itu dijangka akan menjadi bintang besar setelah memenangi liga dan piala berganda bersama kelab Perancis itu pada musim sebelumnya.
Disini bermulalah saga perpindahan beliau yang mana ketika itu idea perpindahannya ke Liga Perdana Inggeris menjadi agenda utama.
Arsenal, Tottenham, Chelsea dan kedua-dua kelab Manchester dilaporkan berminat terhadap pemain itu yang akhirnya menyaksikan Hazard berpindah ke Stamford Bridge.
Sebelum itu, Hazard telah mempertimbangkan dengan serius cadangan Spurs, walaupun kemudian menolak idea tersebut setelah menerima pandangan jelas ketika kelab tersebut akan menjual beberapa bintang mereka.
Dan Hazard dilaporkan telah membuat pilihan untuk menyertai Arsenal, yang merupakan pilihan pertamanya.
Itu menurut John Bico, bekas wakil pemain Real Madrid sekarang.
Bercakap kepada DH mengenai karier Hazard, dia menjelaskan perpindahan ke Arsenal merupakan perkara paling diingini oleh penyerang dan keluarganya ketika memutuskan untuk berpindah dari Lille.
Bagaimanapun, ejen itu tidak berminat dengan The Gunners sebagai pilihan utama pemain tersebut.
DH memetiknya sebagai berkata: “Itu adalah pilihan nombor satu.
"Pilihan nombor satu ayahnya juga.
"Tetapi bagi saya, itu adalah penolakan mutlak walaupun saya sangat menyukai kelab itu dan sejarahnya.
"Lagipun pada waktu itu, ada terlalu banyak pemain muda dan terlalu ramai orang Perancis.
"Ia seperti Lille. Eden menerima hak veto ini.
"Walaupun sukar namun dia menerimanya.
"Arsenal pasti menjadi keputusan yang dibuat berdasarkan hati tetapi bukan keputusan matang walaupun saya perlu mengatakannya.
"Dengan persekitaran di sana, saya tidak pasti dia akan mencapai kematangan yang sama sebagai lelaki ataupun sebagai pemain. "
Bico tetap yakin bahawa dia bertindak dan membuat keputusan betul untuk menasihati Hazard menolak Arsenal serta merasakan karier pemain itu di Chelsea telah membuktikan keputusan itu.