Arsenal sedia lepaskan Bellerin.

Arsenal dilaporkan bersedia untuk melepaskan pemain pertahanan utama pada jendela musim panas ini dengan nilai di antara €20-25 juta.

Hector Bellerin telah menjadi pemain pertahanan utama Arsenal sejak zaman Arsene Wenger masih berkuasa sehinggalah kehadiran Mikel Arteta.

Namun disebabkan kecederaan yang dihadapinya pada musim 2018/19, beliau jarang membuat penampilan termasuklah musim lalu.

Musim ini bagaimanapun menyaksikan beliau kembali beraksi dengan setakat ini telah memulakan 22 perlawanan liga.

Pemain berusia 26 tahun itu, bagaimanapun, telah kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama sejak akhir Februari lalu kepada Cedric Soares dan Calum Chambers, yang juga mampu mengisi serta bermain sebagai bek kanan.

Calum Chambers telah membuat 11 penampilan dalam semua pertandingan musim ini dengan enam kali di bek kanan.

Calciomercato kini melaporkan pemain antarabangsa Sepanyol itu telah muncul sebagai sasaran untuk Juventus.

Didakwa bahawa semasa perbincangan baru-baru ini dengan The Gunners, pemain pertahanan itu 'mendapat lampu hijau' untuk meninggalkan Emirates selepas musim ini.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan adakah perbincangan itu berlangsung antara kedua pihak (Bellerin dan Arsenal) atau antara Juve dan The Gunners.

Cedric Soares membuat 24 penampilan musim ini dengan 12 kali bermain di bek kanan.

Laman web itu juga menambah bahawa mereka telah mengetahui bahawa Arsenal telah 'memutuskan untuk melepaskan' Bellerin sekirannya mereka mendapat tawaran sekitar € 20-25 juta.

Juventus mempunyai kelebihan kerana pemain itu menyukai idea untuk bergabung dengan kelab Turin, tetapi selain dari gergasi Itali, Bellerin juga menjadi sasaran Inter, Barcelona dan Paris Saint-Germain.

Oltre all’attaccante e al centrocampista, gli uomini mercato bianconeri stanno monitorando anche la posizione degli esterni difensivi. In tal senso, notizie incoraggianti arrivano dall’Inghilterra. Secondo quanto appreso da Calciomercato.it, infatti, nel corso di alcuni colloqui recenti con l’Arsenal, Hector Bellerin ha ottenuto il via libera per una cessione estiva. In base alle informazioni in nostro possesso, i Gunners hanno deciso di lasciar partire il terzino ventiseienne, a fronte di una valutazione di circa 20-25 milioni di euro. Non solo, perché per il giocatore cresciuto nel Barcellona la destinazione juventina sarebbe gradita. Accostato anche all’Inter, l’ex Watford resta un obiettivo sensibile di diverse squadre europee, comprese Barcellona e Psg. - Calciomercato

Setakat ini tiada maklumat terperinci dan tiada mana-mana kelab bersedia memenuhi penilaian 20-25 juta Arsenal untuk pemain Sepanyol itu.

Tetapi harganya telah ada dan mereka yang berminat tahu apa yang harus dilakukan jika mereka mahu mendapatkan Bellerin musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post