Bagaimana Wenger pada musim 2003/04 membawa The Gunners mengharungi musim tanpa kalah untuk mencipta Arsenal Invincibles.
Pasukan Liga Perdana Inggeris terhebat yang pernah ada?
Arsenal ketika ini mungkin mengalami detik dan waktu sukar dengan kegagalan memenangi trofi utama baik dipentas Eropah mahupun domestik.
Kejayaan memenangi memenangi Piala FA terbanyak bukanlah satu pencapaian tertinggi untuk dibangga-banggakan walaupun ia menjadi modal terbaik dalam membahan penyokong lain, namun ia hanya menjurus kepada saingan tersebut sahaja.
Manakala pencapaian di peringkat Eropah bukanlah modal terbaik buat peminat dan penyokong Arsenal kerana kegagalan yang masih belum berjaya dicipta sehingga kini, mungkin pencapaian domestik lebih bermakna buat penyokong The Gunners.
Lupakan kejohanan luar, kerana penyokong Arsenal cukup sebati untuk menelan kutukan tersebut.
Pun begitu, pencapaian terhebat menjuarai liga sememangnya tidak dapat ditandingi mana-mana pasukan sehingga ke hari ini.
Sumber dari Statista
Sama ada musim Liga Perdana Inggeris (EPL) terhebat sepanjang masa sudah sedia untuk dibahaskan kerana hanya tinggal lapan perlawanan sahaja lagi untuk ditamatkan musim ini, tetapi pasukan Arsenal musim2003/04 jauh berbeza dari mana-mana pasukan hebat yang lain kerana ianya dikenali sebagai 'Invincibles'.
Manchester City dan Pep Guardiola memecahkan rekod untuk mata terbanyak dalam satu kempen dalam era EPL dengan 100 mata pada 2017/18, Manchester United juga telah memenangi gelaran juara liga dengan lebih dari 90 mata sebagaimana yang dikumpulkan oleh The Gunners pada kempen tidak terkalah mereka itu.
Tetapi, tidak ada satu pun pasukan hebat yang dapat mengatakan bahawa mereka pernah mengharungi sepanjang musim tanpa sebarang kekalahan dalam mengharungi saingan EPL.
Data dan sumber Statista
Jadi bagaimana Arsenal melakukannya?
Berikut serba ringkas maklumat lengkap untuk menceritakan salah satu bahagian paling terkenal dalam sejarah bolasepak Inggeris.
Apa itu Invincibles?
Invincibles adalah nama yang diberikan kepada pasukan Arsenal yang menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2003/04.
Gelaran tersebut diberikan kerana mereka pernah mengalami kekalahan walaupun satu perlawanan dari 38 perlawanan liga mereka.
Mereka memenangi 26 dan seri 12 perlawanan. Hebat bukan? Bukan kaleng-kaleng ya 😎.
Arsenal, musim itu menggunakan formasi asas 4-4-2, walaupun itu juga dapat dilabelkan dengan 4-2-3-1 kerana cara Dennis Bergkamp jatuh ke posisi 'No.10' antara bahagian tengah dan serangan.
Pasukan ini sering dikenang kerana kekuatan menyerang dengan Thierry Henry berada di puncak prestasinya dan menduduki tempat kedua dalam pengundian Ballon d'Or pada tahun 2003 serta keempat pada tahun 2004.
Sementara Bergkamp pula menghampiri kemuncak kariernya, namun dia masih berbisa dan masih mempunyai gerakan atau visi yang cemerlang.
Pemain sayap kiri, Robert Pires menjadi penyumbang gol kedua selepas Henry, menjaringkan 14 gol di EPL, sementara Patrick Vieira adalah jantung dan otak pasukan dari bahagian tengah.
Di sebelah kanan, Freddie Ljungberg adalah pemain box-to-box yang mengerunkan dan sering menyinar ketika perlawanan besar dan penting.
Selain barisan tengah dan serangan yang cukup berbisa, bahagian lain yang kurang menjadi sebutan ketika membicarakan pasukan Invincibles dengan pasukan Arsenal hari ini adalah bahawa The Gunners juga cemerlang di bahagian pertahanan, hanya dibolosi 26 gol sahaja.
*Chelsea mencipta rekod dengan bolos paling sedikit (15 gol) pada musim 2004/05.
Sol Campbell dan Kolo Toure adalah gabungan pemain dengan kebijaksaan yang hebat di pertahanan tengah, Jens Lehmann dengan kelas tersendiri bertaraf antarabangsa mengawal kemas gawang gol sementara Ashley Cole dan Lauren pula adalah pasangan full-back yang cukup dinamik.
Itu bukan hanya kualiti individu sahaja yang dimiliki, tetapi juga cara mereka mengaturnya.
Arsenal ketika itu lebih mirip kepada Atletico Madrid berbanding Barcelona, dengan Gilberto Silva dan Vieira ditugaskan untuk melindungi barisan pertahanan sementara Cole dan Lauren tidak membiarkan keinginan mereka untuk menyerang disamping mengekalkan tugas mereka pada separuh kawasan sendiri.
Pires dan Ljungberg tidak sekadar dibiar berleluasa dan berkeliaran di atas padang tetapi turut diberi peranan mengejar dan mendapatkan kembali bola.
Komitmen bertahan menjadikan Arsenal sebagai pasukan yang lebih padu ketika menyerang berbanding dengan kemampuan individu, kerana mereka mampu menyerap tekanan pada separuh kawasan sendiri sebelum melancarkan serangan balas berbisa yang dipimpin oleh Henry.
Le Professeur (The Professor - The Teacher)
Arsene Wenger adalah pengurus Arsenal semasa musim 'Invincibles' mereka pada 2003/04.
Selepas kemenangan ke atas Leicester City yang melengkapkan musim tanpa kalah Arsenal, penulis Guardian, Kevin Mitchell melabel Wenger sebagai pengurus paling terer di Liga Perdana Inggeris dan "mungkin dalam dunia bolasepak pada masa ini".
Wenger tidak hanya merevolusikan Arsenal tetapi seluruh division, memperkenalkan latihan baharu, kecergasan dan diet baharu yang memaksa pengurus di seluruh dunia untuk mengikuti serta menuntut profesionalisme dan disiplin yang lebih tinggi dari pemain mereka.
Tiada lagi hari-hari kemenangan disambut dan diraikan dengan makanan berlemak dan bir.
Salah satu kelebihan Wenger adalah keupayaan mengenal pasti pemain yang belum pernah didengar dan kemudian dibentuk menjadi pemain bertaraf antarabangsa yang tidak dapat ditandingi pada masa itu.
Toure ditandatangani dengan harga £ 150,000 dari sebuah kelab Ivory dan ditukarkan dari pemain bahagian tengah dan full back menjadi pemain pertahanan tengah, sementara Ljungberg dibawa masuk dengan nilai hanaya £3 juta dari Halmstads di Sweden.
Sukar untuk menggambarkan tahap Wenger dengan Sir Alex Ferguson, kerana mereka berdua merupakan pengurus lagenda yang pernah ada di EPL.
Tiada perbandingan yang sesuai untuk kedua-dua pengurus tersohor itu.
Namun kegemilangan Wenger dan pengakhirannya tidaklah indah sebagaimana yang dinikmati Ferguson.
Cahaya kegemilangannya mula menurun dan menamatkan saingan dengan kedudukan terendah yang pernah dicatatkannya apabila menamatkan saingan liga ditangga keenam, yang seterusnya menyaksikan beliau meninggalkan Arsenal pada 2018.
Pun begitu, pada dekad pertamanya di Utara London, beliau adalah gabungan kecemerlangan taktik dan penuh ganas, mengumpulkan pasukan yang bermain bolasepak paling gemilang dan tidak mampu ditiru oleh sesiapa sehingga kini.
King Henry watak utama Invincible.
Thierry Henry boleh diiktiraf sebagai pemain terhebat era Liga Perdana Inggeris pernah wujud.
Beliau bukan satu-satunya bintang yang menjadi perbualan ketika itu, malah ada yang berpendapat bahawa Alan Shearer dan Ryan Giggs lebih berbisa dalam rekod EPL, tetapi hanya Cristiano Ronaldo yang mencapai kemuncak sebagai mana penyerang lagenda Arsenal ini ketika di puncak prestasinya.
Penyerang Perancis itu telah terpilih sebagai yang terbaik dikalangan The Gunners dan beliau telah menjaringkan 30 gol dalam kariernya semasa kempen tanpa kalah itu.
Secara ringkasnya, semua yang dilakukan Henry adalah pantas; sama ada berlari, merembat atau menghantar bola, seolah-olah dia dapat melakukan dan melihat perkara dua kali lebih cepat daripada orang lain di sekelilingnya.
Separuh dari kebelasan utama Arsenal yang ada ketika itu pada awal tidaklah begitu dikenali dengan Henry tiba di Arsenal dengan profil yang jauh lebih rendah daripada apa yang beliau pamerkan ketika itu.
Henry bergelut ketika beraksi bersama Juventus di musim pertamanya dikelab Itali itu dengan memikul peranan pemain sayap kiri.
Wenger, yang pernah melatihnya di Monaco, membayar £ 11 juta untuk memendekkan tempohnya di Itali dan menjadikannya sebagai pemain penyerang tengah di Highbury.
Gandingan bersama Bergkamp adalah gabungan kepantasan, kepintaran dan kebijaksanaan yang cukup sempurna.
Dengan kecenderungan Bergkamp untuk mengisi ruang kosong dan kesukaan Henry untuk menarik diri ke sayap kiri, mereka cemerlang ketika mencari ruang sehinggakan pertahanan kiri lawan tertanya-tanya sama ada mahu mengikutinya dan diseret di sekitar padang atau membiarkan mereka tanpa pengawasan.
Keputusan perlawanan yang menjadikan Arsenal sebagai Invincibles.
Tarikh | Lawan | Keputusan |
---|---|---|
Aug 16, 03 | Arsenal 2-1 Everton | Campbell, Pires |
Aug 24, 03 | Middlesbrough 0-4 Arsenal | Henry, Gilberto, Wiltord (2) |
Aug 27, 03 | Arsenal 2-0 Aston Villa | Campbell, Henry |
Aug 31, 03 | Man City 1-2 Arsenal | Wiltord, Ljunberg |
Sep 13, 03 | Arsenal 1-1 Portsmouth | Henry |
Sep 21, 03 | Man Utd 0-0 Arsenal | - |
Sep 26, 03 | Arsenal 3-2 Newcastle Utd | Henry (2), Gilberto |
Oct 4, 03 | Liverpool 1-2 Arsenal | Hyypia (og), Pires |
Oct 18, 03 | Arsenal 2-1 Chelsea | Edu, Henry |
Oct 26, 03 | Charlton Athletic 1-1 Arsenal | Henry |
Nov 1, 03 | Leeds Utd 1-4 Arsenal | Henry (2), Pires, Gilberto |
Nov 8, 03 | Arsenal 2-1 Tottenham | Pires, Ljungberg |
Nov 22, 03 | Birmingham City 0-3 Arsenal | Ljungberg, Bergkamp, Pires |
Nov 30, 03 | Arsenal 0-0 Fulham | - |
Dec 6, 03 | Leicester 1-1 Arsenal | Gilberto |
Dec 14, 03 | Arsenal 1-0 Blackburn Rovers | Bergkamp |
Dec 20, 03 | Bolton Wanderers 1-1 Arsenal | Pires |
Dec 26, 03 | Arsenal 3-0 Wolves | Craddock (og), Henry (2) |
Dec 29, 03 | Southampton 0-1 Arsenal | Pires |
Jan 7, 04 | Everton 1-1 Arsenal | Kanu |
Jan 10, 04 | Arsenal 4-1 Middlesbrough | Henry, Queudrue (og), Pires, Ljungberg |
Jan 18, 04 | Aston Villa 0-2 Arsenal | Henry (2) |
Feb 1, 04 | Arsenal 2-1 Man City | Tarnat (og), Henry |
Feb 7, 04 | Wolves 1-3 Arsenal | Bergkamp, Henry, Toure |
Feb 10, 04 | Arsenal 2-0 Southampton | Henry (2) |
Feb 21, 04 | Chelsea 1-2 Arsenal | Vieira, Edu |
Feb 28, 04 | Arsenal 2-1 Charlton Athletic | Pires, Henry |
Mar 13, 04 | Blackburn Rovers 0-2 Arsenal | Henry, Pires |
Mar 20, 04 | Arsenal 2-1 Bolton Wanderers | Henry, Pires |
Mar 28, 04 | Arsenal 1-1 Man Utd | Henry |
Apr 9, 04 | Arsenal 4-2 Liverpool | Henry (3), Pires |
Apr 11, 04 | Newcastle Utd 0-0 Arsenal | - |
Apr 16, 04 | Arsenal 5-0 Leeds Utd | Pires, Henry (4) |
Apr 25, 04 | Totteham 2-2 Arsenal | Vieira, Pires |
May 1, 04 | Arsenal 0-0 Birmingham | - |
May 4, 04 | Portsmouth 1-1 Arsenal | Reyes |
May 9, 04 | Fulham 0-1 Arsenal | Reyes |
May 15, 04 | Arsenal 2-1 Leicester | Henry, Vieira |
Skuad Invincibles
Bil. | Pos | Pemain | Penampilan | Jaringan |
---|---|---|---|---|
1 | GK | Jens Lehmann | 38 | 0 |
3 | DF | Ashley Cole | 32 | 0 |
4 | MF | Patrick Vieira | 29 | 3 |
5 | DF | Martin Keown | 3 (7) | 0 |
7 | MF | Robert Pires | 33 (3) | 14 |
8 | MF | Fredrik Ljungberg | 27 (3) | 4 |
9 | FW | Jose Antonio Reyes | 7 (6) | 2 |
10 | FW | Dennis Bergkamp | 21 (7) | 4 |
11 | FW | Sylvain Wiltord | 8 (4) | 3 |
12 | DF | Lauren | 30 (2) | 0 |
14 | FW | Thierry Henry | 37 | 30 |
15 | MF | Ray Parlour | 12 (10) | 0 |
17 | MF | Edu | 12 (17) | 2 |
18 | DF | Pascal Cygan | 10 (8) | 0 |
19 | MF | Gilberto Silva | 29 (3) | 4 |
22 | DF | Gael Clichy | 7 (5) | 0 |
23 | DF | Sol Campbell | 35 | 1 |
25 | FW | Nwankwo Kanu | 3 (7) | 1 |
28 | DF | Kolo Toure | 36 (1) | 1 |
30 | FW | Jeremie Aliadiere | 3 (7) | 0 |
39 | MF | David Bentley | 1 | 0 |
45 | DF | Justin Hoyte | (1) | 0 |
Termasuk semua pemain untuk membuat sekurang-kurangnya satu penampilan EPL. |
Kedudukan carta penamat Liga Perdana Inggeris untuk Invincibles.
Pos | Pasukan | P | M | S | K | J | B | +/- | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Arsenal | 38 | 26 | 12 | 0 | 73 | 26 | +47 | 90 |
2 | Chelsea | 38 | 24 | 7 | 7 | 67 | 30 | +37 | 79 |
3 | Manchester United | 38 | 23 | 6 | 9 | 64 | 35 | +29 | 75 |
4 | Liverpool | 38 | 16 | 12 | 10 | 55 | 37 | +18 | 60 |
5 | Newcastle Utd | 38 | 13 | 17 | 8 | 52 | 40 | +12 | 56 |
6 | Aston Villa | 38 | 15 | 11 | 12 | 48 | 44 | +4 | 56 |
7 | Charlton Athletic | 38 | 14 | 11 | 13 | 51 | 51 | 0 | 53 |
8 | Bolton Wanderers | 38 | 14 | 11 | 13 | 48 | 56 | -8 | 53 |
9 | Fulham | 38 | 14 | 10 | 14 | 52 | 46 | +6 | 52 |
10 | Birmingham City | 38 | 12 | 14 | 12 | 43 | 48 | -5 | 50 |
11 | Middlesbrough | 38 | 13 | 9 | 16 | 44 | 52 | -8 | 48 |
12 | Southampton | 38 | 12 | 11 | 15 | 44 | 45 | -1 | 47 |
13 | Portsmouth | 38 | 12 | 9 | 17 | 47 | 54 | -7 | 45 |
14 | Tottenham | 38 | 13 | 6 | 19 | 47 | 57 | -10 | 45 |
15 | Blackburn Rovers | 38 | 12 | 8 | 18 | 51 | 59 | -8 | 44 |
16 | Manchester City | 38 | 9 | 14 | 15 | 55 | 54 | +1 | 41 |
17 | Everton | 38 | 9 | 12 | 17 | 45 | 57 | -12 | 39 |
18 | Leicester City | 38 | 6 | 15 | 17 | 48 | 65 | -17 | 33 |
19 | Leeds Utd | 38 | 8 | 9 | 21 | 40 | 79 | -39 | 33 |
20 | Wolves | 38 | 7 | 12 | 19 | 38 | 77 | -39 | 33 |