Pada hari ini 17 tahun yang lalu, Arsenal bangkit dari ketinggalan untuk mengalahkan Liverpool 4-2 di Highbury.

Musim 2003/04 menyaksi sejarah tercipta dimana Arsenal hingga ke hari ini kekal sebagai satu-satunya pasukan Liga Perdana Inggeris yang menerima trofi Emas Kejuaraan Liga.

Mengharungi 38 perlawanan liga tanpa kalah, menyebabkan gelaran Invincibles diberikan kepada pasukan The Gunners yang menjuarai Liga Perdana musim tersebut.

Mereka memenangi 26 dan seri 12 perlawanan untuk mengumpul 90 mata, mengatasi Chelsea ditangga kedua yang mengumpul 76 mata. 

Hari ini (9 April) genap 17 tahun untuk kita menyaksikan dan memperingati kebangkitan Arsenal dalam salah satu perlawanan musim tersebut.

Arsenal menerima kunjungan Liverpool di Highbury untuk perlawanan ke-31 liga dan berusaha untuk mengekalkan rekod tanpa kalah ketika itu.

Bagaimanapun, pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan dan mendahului Arsenal sebanyak dua kali untuk menamatkan separuh masa pertama dengan keputusan Liverpool mendahului tuan rumah 2-1.

Thierry Henry tanpa perlu disangkal sememangnya berhak menerima gelaran 'King' untuk menjadi pemain terhebat era Liga Perdana. 

Menjaringkan satu gol dibabak pertama, beliau menjaringkan dua lagi gol diseparuh masa kedua untuk mencatatkan jaringan hat-trick sekaligus membantu Arsenal membenamkan serta merosakan kegembiraan pelawat yang bercita-cita menghancurkan rekod tanpa kalah The Gunners. 

Robert Pires turut menyumbangkan satu gol untuk melengkapkan kebangkitan dan kemenangan 4-2 Arsenal mengatasi The Reds.

Segala-galanya adalah mengenai persembahan Henry ini adalah kesempurnaan mutlak, cukup sempurna.

Tidak ada penyerang Liga Perdana Inggeris yang memiliki kekuatan fizikal tertinggi dan menggunakannya dengan begitu bijak, penuh menakjubkan.

Henry seorang yang pantas, sangat produktif dan bermain dengan keanggunan estetik, penuh keangkuhan bagaikan seorang bintang rock, yang tidak pernah dimiliki oleh pemain lain.

Dia tidak pernah melengkapkan permainannya tanpa melakukan gerakan licik dan gaya  menggelecek yang penuh memukau.

Gerak gerinya terlalu indah dan sukar untuk digambarkan.

Thierry Henry benar-benar sensasi musim itu dan bersama Arsenal secara keseluruhan sehinggakan gelaran 'King' diberikan kepadanya.



Post a Comment

Previous Post Next Post