Bintang serba boleh Arsenal bersedia tinggalkan kelab musim panas ini.

Ainsley Maitland-Niles (AMN) bersedia keluar dari Arsenal musim panas ini.

Pemain berusia 23 tahun itu bergelut untuk mendapatkan tempat dalam skuad pilihan Mikel Arteta setelah berjaya memecah masuk ke dalam skuad utama pada kempen 2017-18.

Sebelum itu, AMN sering kali digunakan Arteta musim lalu dengan pengurus Arsenal itu secara kerap menggunakannya sebagai bek kiri termasuk di final Piala FA.

Tetapi dia akhirnya meninggalkan kelab untuk bergabung sementara dengan West Bromwich Albion pada bulan Januari setelah ruang yang dimilikinya begitu terhad.

Pinjaman itu dilihat lebih dari sekadar masa bermain kerana dia meminta kesempatan untuk beraksi di bahagian tengah dan harapan itu ditunaikan West Brom.

AMN hanya mencipta satu bantuan gol setakat ini dari bahagian tengah (itu pun ketika bersama Arsenal pada perlawanan Liga Europa menentang Rapid Vienna), tetapi bersama West Brom, dia turut dibenarkan bermain sebagai AM dalam permulaan terbarunya menentang Crystal Palace.

Kesebelasan utama West Brom ketika menentang Crystal Palace pada 13 Mac lalu.

Sam Allardyce jelas tidak mempunyai masalah memainkannya pada posisi yang menjadi pilihan pemain itu, sementara Arteta pula kelihatan enggan.

Namun kita harus melihat adakah posisi yang menjadi kegemarannya sering dimainkan akan meyakinkannya untuk menentukan dimana masa depannya harus berakhir (Arsenal atau West Brom, atau mana-mana pasukan lain).

Terbaru, The Telegraph mendakwa bahawa Wolves, Leicester City dan Southampton semuanya berminat dengan tandatangannya dalam laporan apa yang mereka dakwa sebagai 'eksklusif'.

AMN sebelum ini mengatakan bahawa dia mahukan aksi di bahagian tengah berbanding posisi lain.

Ainsley Maitland-Niles has reiterated that his favoured is in central midfield following his loan move from Arsenal to West Brom.

Dengan baki dua tahun kontraknya, tiada berkewajipan buat Arsenal untuk berpisah dengannya dan kelab juga mampu menjana sedikit keuntungan yang setimpal melepaskannya kepada mereka yang berminat.

Adakah anda merasakan bahawa AMN juga harus diberi lebih banyak peluang beraksi di bahagian tengah bersama Arsenal?

Post a Comment

Previous Post Next Post