G-SHOCK edisi terhad Harimau Malaya dengan harga mampu milik pada 1 Jun ini.

Datuk Haji Hamidin telah menjadi individu pertama yang menerima jam tangan G-SHOCK edisi Harimau Malaya dengan nombor siri 001.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan syarikat pembuat jam terbesar di Jepun, Casio.

Kerjasama itu bermula 1 Mac 2021 akan berakhir pada 28 Februari 2022 dan perjanjian penajaan itu telah ditandatangani di antara Pengedar Rasmi Casio Malaysia, Pengarah Eksekutif Marco Corporation, Encik Ong Sim Jeng dan Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

Pada majlis itu juga, Casio telah melancarkan jam tangan edisi terhad G-SHOCK Harimau Malaya.

Majlis menandatangani perjanjian serta pelancaran jam tangan edisi terhad itu juga dihadiri oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin; Pengarah Urusan Casio Malaysia, Encik Tezuka Itsuro dan turut menampilkan dua pemain daripada skuad kebangsaan iaitu Shahrel Fikri Md Fauzi dan Irfan Zakaria serta penampilan istimewa Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Tajaan FAM, Datuk Hisamudin Yahaya berkata, tajaan daripada syarikat elektronik gergasi Jepun menerusi pengedar rasminya itu adalah tanda bolasepak negara telah mula mendapat perhatian syarikat-syarikat swasta di dalam Malaysia.

Sebagai simbolik pelancaran jam tangan Casio G-SHOCK edisi terhad ini, Datuk Haji Hamidin telah menjadi individu pertama yang menerima jam tangan G-SHOCK edisi Harimau Malaya dengan nombor siri 001 daripada Encik Tezuka Itsuro.

Jam tangan edisi Harimau Malaya ini menggunakan model asas G-SHOCK GA-2000-1A9, yang didatangi dengan warna tradisi Harimau Malaya iaitu hitam dan kuning serta memiliki ukiran logo Harimau Malaya sekali gus menyerlahkan lagi gaya eksklusif dan unggul.

Hanya 999 jam tangan G-SHOCK Harimau Malaya yang akan dikeluarkan di pasaran, setiap jam tangan berkenaan akan diukir dengan dengan nombor siri bermula 002 sehingga 999.

Jam tangan edisi terhad Casio G-SHOCK Harimau Malaya ini boleh didapati bermula 1 Jun pada harga RM579.00 dan akan didatangi bersama sehelai t-shirt edisi terhad, gelang tangan dan beg kertas di G-Factory, outlet G-SHOCK dan outlet pengedar rasmi Casio di seluruh negara serta kedai atas talian rasmi Casio.

Sumber dan kredit : FAM

Post a Comment

Previous Post Next Post