Keadaan semakin parah buat Arsenal.

Respon terbaik yang diluahkan peminat dan penyokong Arsenal selepas kekalahan 0-3 kepada Liverpool pagi tadi.

Sebahagian kecil peminat dan penyokong The Gunners telah menggunakan media sosial Twitter untuk memberikan reaksi mereka terhadap kecederaan yang dialami oleh Kieran Tierney ketika menentang Liverpool.

Tierney bermula dalam kesebelasan utama Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang The Reds di Stadium Emirates pagi tadi.

Pemain berusia 23 tahun itu adalah pemain bek kiri terbaik EPL dan telah bermain dengan cemerlang musim ini.

Namun, pemain antarabangsa Scotland itu mengalami kecederaan pada penghujung babak pertama perlawanan menentang Liverpool dan terpaksa digantikan.

Liverpool mendominasi permainan pada ketika itu dan The Reds terus melakukannya pada babak kedua perlawanan, dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan tiga gol untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 3-0.

Keputusan itu meningkatkan dan mencerahkan peluang mereka untuk berada di kedudukan empat teratas liga dengan mengumpul 49 mata, hanya dibezakan dua mata dengan Chelsea yang menghuni tangga keempat ketika ini.

Manakala Arsenal terus berada di kelompok pertengahan (tangga ke-9) dengan mengumpul 42 mata dan kedudukan itu mungkin berubah kerana Aston Villa masih memiliki dua perlawanan yang kini berada ditangga ke-11 liga.

Tierney pernah mengalami masalah kecederaan ketika berada di Arsenal sebelum ini dan kini, kita sedang menantikan perkembangan seterusnya mengenai betapa seriusnya kecederaan terbarunya.

Beberapa penyokong Arsenal telah memberikan rekasi mereka terhadap situasi yang melanda pertahanan kiri The Gunners ketika menentang Liverpool.

Berikut adalah beberapa komen terbaik yang dipetik dari Twitter.

Semoga kecederaan Tierney tidak serius dan segera sembuh! Sudah pasti kita tidak mampu kehilangan bek kiri termantap kita dalam menamatkan saingan musim ini.

#COYG!

Post a Comment

Previous Post Next Post