Dua tahun setelah menolak lamaran Emery yang ketika itu menjadi pengendali Arsenal, pemain tinggi lampai dilaporkan akan menyertai Tottenham pada musim panas ini.
Wilfried Zaha dan Christopher Nkunku, dua nama yang sering dikaitkan dengan Unai Emery ketika beliau mengemudikan pasukan The Gunners dan ianya menjadi ingatan kepada peminat dan penyokong setia Merah Putih.
Kedua-dua pemain itu begitu kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates, tetapi The Gunners tidak pernah dapat menyelesaikan kesepakatan ataupun ianya kekal sekadar khabar angin, walaupun terdapat laporan mengatakan bahawa Emery sememangnya mahukan mereka.
Zaha juga pernah mengeluarkan kenyataan dan mengulas mengenai kegagalan perpindahannya, sementara Nkunku terus cemerlang di Bundesliga.
Arsenal mungkin mampu menandatangani salah seorang dari mereka bagi menguatkan pasukan, namun kegagalan Emery mendapatkan mereka menyaksikan tempohnya di Emirates juga berakhir.
Selain itu, The Gunners juga memiliki peluang terbaik untuk menandatangi seorang lagi pemain pada 2019.
The Gunners telah lama berusaha untuk menandatangani pemain pertahanan Sampdoria, Joachim Andersen, malah tawaran untuk mendapatkan Dane dan Dennis Praet juga ditolak sementara pemain pertahanan tinggi lampai (6 kaki 4in) itu akhirnya berpindah ke Lyon.
Andersen secara terbuka mengatakan kepada Foot Mercato pada tahun 2019 bahawa dia telah menolak peluang untuk berpindah ke Arsenal kerana dia mahukan aksi Liga Juara-Juara.
Lyon menawarkan peluang tersebut kepadanya dan itulah sebabnya dia menyertai mereka dan bukannya Arsenal.
Joachim Andersen |
Selepas kempen mengerikan di Ligue 1, Andersen menyertai Fulham pada awal musim ini dan dia tampil cemerlang.
Dia telah menjadi salah seorang pemain terbaik Scott Parker dan persembahannya yang cemerlang itu dapat membantunya melakukan perpindahan ke Tottenham, seteru utama The Gunners.
The Athletic mendakwa bahawa tidak mengejutkan untuk melihat Andersen menyertai Jose Mourinho di Spurs musim panas ini.
Manakala Alasdair Gold dari Football London menyokong dakwaan itu dengan mengatakan bahawa pemain Denmark itu boleh menjadi sasaran Tottenham dalam beberapa minggu mendatang.
Terlepas peluang untuk Arsenal?
Andersen akan menjadi pemain menarik untuk ditandatangani dua tahun lalu dengan Arsenal ketika itu memerlukan pertahanan tengah berwibawa.
Arsenal memerlukan pertahanan tengah baharu dan profilnya adalah sangat sesuai untuk Liga Perdana inggeris.
Itu tidak berlaku ketika itu dan kita juga tidak begitu menyesalinya.
Persembahannya untuk Lyon sangat mengejutkan.
Gergasi Ligue 1 ingin menjualnya hanya beberapa bulan dalam kempen debutnya (menurut laporan L'Equipe) dan keputusan mereka untuk meminjamkannya pada musim panas lalu menunjukkan bahawa mereka tidak menyukai dia sedikit pun.
Namun, Andersen telah menjalani musim yang sangat menakjubkan di Fulham.
Dia telah menunjukkan bahawa dia cukup bagus untuk bermain di Liga Perdana dan jika dia akhirnya berpindah ke Spurs dan menjadi pemain terkenal di sana, Arsenal mungkin akan menyesalinya.