Lacazette past teruja dengan pendedahan dibuat Pep Ljinders menjelang pertembungan menentang Liverpool.

Penyerang Arsenal Alexandre Lacazette pasti bernafsu pada prospek bermain menentang pertahanan Liverpool yang lemah hujung minggu ini, menurut Kevin Campbell.

Bekas penyerang The Gunners itu bercakap secara eksklusif kepada Football Insider, mengatakan pemain berusia 29 tahun itu adalah pemain yang berada dalam prestasi terbaik ketika ini dan bernafsu untuk menebus kembali kekecewaan setelah terlepas peluang dalam perlawanan pertama di Anfield, September lalu.

Lacazette dijangka mengetuai barisan serangan The Gunners ketika menentang The Reds pada hari Ahad ini (jam 3 pagi waktu Malaysia), setelah tampil dengan prestasi padu, menyelamatkan perlawanan ketika menentang West Ham yang berkesudahan seri 3-3.

Liverpool kemungkinan akan terus menggunakan gandingan bek tengah Ozan Kabak dan Nat Phillips, dengan Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip semuanya masih belum pulih dari kecederaan.

Bercakap dengan media kelab minggu ini, penolong pengurus Liverpool, Pep Ljinders memuji Kabak dan Phillips menjelang perjalanan mereka ke Emirates.

Namun, Campbell menggambarkan gandingan dua pemain itu sebagai "lemah" dan mengatakan Lacazette harus "memanfaatkannya sepenuhnya".

"Awal musim ini, Lacazette memiliki beberapa peluang di Liverpool tetapi dia mensia-siakannya," katanya kepada Football Insider. 

"Mereka cukup signifikan pada masa itu tetapi dia tidak dapat menyelesaikannya sehinggakan dia berusaha untuk memperbaikinya.

"Tapi sekarang, dia dalam prestasi yang bagus dan barisan pertahanan Liverpool tidak sekuat dulu.

"Lacazette adalah pemain yang menonjol di Arsenal sekarang dan dia pasti bernafsu kerana anda tidak berpeluang bermain menentang pasukan Liverpool yang lemah seperti ini. 

"Dia harus mencuba dan memanfaatkannya pada hari Sabtu. "

Mampukah Lacazette dan Arsenal memanfaatkan peluang ini? Penulis merasakan tidak mustahil bahawa The Gunners mampu mencipta kejutan dengan menewaskan Liverpool minggu ini.

Apalah sangat team sepenggal tu 😂😂

Post a Comment

Previous Post Next Post