Perlantikan Mikel Arteta sebagai pengurus baharu Arsenal adalah salah satu inspirasi dan harapan selepas persembahan mengecewakan Unai Emery.
Sebahagian besar penyokong The Gunners percaya bahawa Arteta mampu dan akan menjadi pengurus cemerlang yang mampu membimbing pasukan kembali digeruni.
Asas ini diambil kira kerana beliau telah menerima tunjuk ajar daripada mereka yang cukup disegani dalam dunia bolasepak.
Arteta telah belajar dan juga bekerja dengan pengurus terbaik dalam bolasepak seperti Arsene Wenger dan Pep Guardiola, bahkan David Moyes juga boleh dimasukan dalam senarai itu.
Namun, tidak semua penyokong dan peminat The Gunners bersetuju dengan pendapat sebahagian besar kumpulan penyokong tadi.
Sebahagian mereka juga berpendapat bahawa kekurangan pengalaman Arteta menjadi faktor yang sangat membimbangkan untuk membimbing sebuah kelab besar seperti Arsenal.
Kerisauan itu turut ditambah dengan pergolakkan pasukan terutamanya dalam persekitaran bolasepak yang tidak stabil selain menghukum mereka yang tidak bersedia.
Walaupun berjaya membawa kejuaraan Piala FA dan Trofi Perisai Komuniti, namun setakat ini boleh dikatakan Arsenal masih belum bersedia mencabar dan berada kembali dikelompok enam kuasa besar.
Selepas setahun berlalu, Arteta masih gagal membawa Arsenal kembali ke tempat yang diinginkan dan ini adalah kenyataan pahit yang terpaksa ditelan.
Memang benar, pembinaan semula pasukan tidak akan mampu dilakukan dalam tempoh yang singkat, ia adalah sukar untuk dicapai dalam masa satu tahun.
Semua orang tahu ia akan memakan masa namun ia jugak tidak mustahil.
Arsenal lewat pagi tadi sekadar mencatatkan keputusan seri (1-1) ketika menentang Slavia Prague dalam saingan pertama peringkat suku akhir Liga Europa.
Pasti ramai yang kecewa dengan persembahan Arsenal itu yang disebabkan oleh kurangnya peningkatan (improvement) terhadap skuad semasa dan dari komen Arteta selepas perlawanan.
Setelah mengalami kekalahan dan terutamanya dalam menangani situasi Mesut Ozil, Arteta pantas tampil didepan berdepan dengan media dan mengakui semuanya adalah kegagalan dirinya.
Beliau terus mengakui dan rela dipersalahkan sambil menegaskan bahawa adalah tanggungjawabnya untuk mendapatkan yang terbaik dari pemain dan memenangi Liga Perdana Inggeris, begitu juga setiap kali Arsenal tewas.
Kini timbul persoalan apa gunanya membuat komen sebegitu sekiranya hasil masih tidak berubah?
Mikel Arteta bagaikan kebuntuan dan hilang punca pada perlawanan suku akhir Liga Europa pagi tadi.
Semua orang di kelab dan peminat di seluruh dunia tahu bahawa adalah tugasnya untuk bekerja dengan apa yang dia ada ketika ini dan begitu juga adalah menjadi tanggungjawabnya untuk bersaing dengan yang terbaik.
Sehingga kini, masih banyak diperlukan untuk membina sebuah pasukan yang mantap dan diinginkan.
Hierarki kelab telah memberi kepercayaan kepada pengurus muda, menyokongnya dari segi kewangan dan juga secara lisan.
Namun Arteta dilihat kehabiasan idea dan buntu ketika ini, mengenai apa yang harus dibuat.
Tersingkir dari Piala FA pada awal musim dan sedikit demi sedikit tercirit dalam saingan liga setiap minggu bermakna Arsenal hanya mempunyai Liga Europa untuk diberi tumpuan ataupun keutamaan.
Memandangkan persembahan tumpul dan lesu pada aksi pagi tadi (dan kebanyakkan perlawnaan liga), Arsenal mungkin tidak akan mempunyai bolasepak Eropah tahun depan.
Dalam sidang media sebelum perlawanan dengan Slavia Prague, Arteta mengeluarkan kenyataan di laman web rasmi Arsenal:
"Kadang-kadang pukulan atau tamparan besar di muka adalah perkara yang baik untuk kembali ke realiti."
My demands is just to be hitting those goals and to achieve our best level every single day. Whether it's in training or in a football game and in the last two days again, I've seen that. I didn't see anything different. That's why it was a big shock to the system, what happened against Liverpool. Because of the training that we showed since December but probably it's part of the journey. Sometimes a punch or a big slap in the face is a good thing to go back to reality.
Faktanya adalah bahawa skuad telah mengalami terlalu banyak tamparan di muka.
Liverpool adalah yang paling terkini memberi tamparan (takkan tak sedar lagi).
Bangun la wahai Arsenal. |
Persembahan longlai ketika berdepan Aston Villa, kekalahan kepada Manchester City pada saingan Piala Carabao, penampilan naif menentang Tottenham adalah kekalahan yang seharusnya membangunkan dan menyedarkan pasukan Arsenal.
Perlawanan pagi tadi bagaimanapun, tidak mengubah apa-apa.
Pemain masih belum terjaga,masih lena diulit mimpi, kapten pasukan masih belum mampu memimpin dan pengurus tidak memberi inspirasi secukupnya kepada pemain.
Jujurnya, tiada peningkatan yang dilihat kepada skuad Arsenal untuk dibanggakan hingga ke hari ini walaupun sokongan padu diberikan dari setiap penjuru.
Komen Arteta selepas perlawanan juga cukup klise.
"Ketika kami membuat perkara paling sukar, iaitu menjaringkan gol pertama dan hanya menunggu empat atau lima minit terakhir dan menguruskan permainan jauh lebih baik daripada yang kami lakukan, kami gagal melakukannya dan kemudian kami memberi mereka peluang di sudut dan mereka menjaringkan gol untuk mengikat perlawanan dan [meletakkan kami] di kedudukan yang berbeza.
"Mengimbas kembali apa yang berlaku di padang, itu bukan yang kami harapkan.
"Mentaliti pasukan saya? Tidak, saya tidak ada masalah."