Kewell dedahkan mengapa dia 'reject' Arsenal untuk Liverpool.

Bekas bintang Liverpool Harry Kewell telah menjelaskan mengapa dia menolak perpindahan ke Arsenal ketika dia berpindah dari Leeds ke Anfield pada tahun 2003.

Tidak dapat dinafikan bahawa Leeds pada satu ketika merupakan salah satu pasukan yang digeruni dengan memiliki barisan pemain muda dan hebat.

Jadi tidak menghairankan ketika kelab itu mengalami masalah kewangan, mereka terpaksa melepaskan beberapa pemain berprofil tinggi mereka.

Salah seorangnya adalah Harry Kewell dan dia ketika itu boleh dianggap sebagai bintang serta mampu berpindah ke kelab ternama lain namun dia memilih Liverpool, yang mana ia agak mengejutkan kerana dia boleh bermain untuk pasukan yang lebih besar pada masa itu.

Kewell, bercakap secara eksklusif dengan Ladbrokes pada pelancaran 5-A-Side Bet dengan Leeds menentang Sheffield United, mengakui dia berjaya dipikat oleh Gerard Houllier, walaupun turut melakukan perbincangan yang baik dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger, sementara AC Milan juga meminati dia.

"Saya mempunyai banyak kenangan yang hebat sepanjang masa saya di Leeds United tetapi peluang untuk saya terus maju muncul dan terdapat kira-kira tujuh atau lapan kelab yang sangat berminat dengan saya pada masa itu," kata Kewell.

"Tetapi ketika saya bercakap dengan Gerard Houllier, cara dia bercakap mengenai bolasepak adalah sesuatu yang luar biasa. 

"Visinya benar-benar mengoda saya.

"Jangan salah sangka, saya telah mengadakan perbincangan dengan AC Milan dan Arsene Wenger di Arsenal, ini adalah kelab dan pengurus yang sangat dihormati dan mereka juga menjelaskan rancangan masa depan mereka, tetapi bercakap dengan Houllier membuatkan saya begitu terpikat.

Kewell menyertai Leeds United pada tahun 1995 dan meninggalkan mereka untuk menyertai Liverpool pada 2003.

"Dia memberitahu saya apa yang dia mahu lakukan dengan skuad Liverpoolnya dan saya tahu saya harus menjadi sebahagian daripadanya.

"Saya sama sekali tidak menyesal memilih Liverpool daripada Arsenal. 

"Ya, mereka terus melengkapkan musim yang tidak dapat dikalahkan itu dan sungguh luar biasa apa yang mereka capai dan saya selalu menghormati Arsene Wenger dan minatnya terhadap saya.

Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan rekod tanpa kalah pada musim 2003/04.

"Tetapi bagi saya Liga Juara-Juara adalah sesuatu yang diinginkan oleh setiap pemain."

Kewell akhirnya memenangi Liga Juara-Juara bersama Liverpool, mengalahkan Milan di Istanbul, jadi pastinya tidak perlu menyesal atas keputusannya itu, walaupun dia juga mungkin menjadi invincible sekiranya menyertai Arsenal pada tahun 2003.

The Gunners mempunyai ramai pemain penyerang yang hebat dan ternama pada waktu itu, jadi Kewell mungkin juga memanfaatkan peluangnya untuk bermain lebih kerap dengan The Reds.

Post a Comment

Previous Post Next Post