Mungkin masa yang sesuai untuk David Luiz berpindah.

 

Pemain Arsenal berada dalam senarai sasaran Lazio musim panas ini.

Lazio telah mengenal pasti David Luiz sebagai pemain sasaran mereka pada jendela perpindahan musim panas ini kerana ingin menambah pengalaman dalam pasukan mereka.

Setelah membawa masuk Wesley Hoedt dan Matteo Musacchio musim ini secara pinjaman dalam usaha mereka untuk meningkatkan pilihan pertahanan mereka, Lazio menyangkakan bahawa mereka sudah mantap serta mampu memberikan saingan.

Namun, sayangnya kerana kedua-dua pemain itu gagal menyerlah dan akan kembali ke kelab masing-masing, yang bermaksud pasukan Serie A itu sedang mencari calon lain yang boleh mereka dapat dengan murah untuk menggantikan tempat mereka.

Di sinilah David Luiz dari Arsenal masuk, ketika pemain berusia 33 tahun itu tidak mempunyai kontrak pada musim panas nanti dan musim ini turut menyaksikan masanya sebagai permulaan di bawah kendalian Mikel Arteta semakin berkurangan.

Cedera, sakit dan penggantungan menyebabkan pemain Brazil itu hanya memulakan 52% dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris The Gunners musim ini dan ini memberi petanda bahawa mungkin sudah tiba masanya untuk dia bergerak (berpindah).

Lazio mempunyai senarai nama yang mereka perhatikan, di mana Luiz muncul tetapi Corriere dello Sport, yang mengulas cerita itu menjelaskan bahawa belum ada rundingan yang sedang dilakukan.

Laporan Corriere dello Sport.

Manakala ulasan La Lazio Siamo Noi seperti yang dilaporkan oleh The Laziali mengatakan bahawa Lazio ingin meningkatkan pasukan mereka dengan beberapa ejen bebas yang bagus dan mereka mengharapkan Luiz tersedia dan dia adalah salah satu daripada beberapa pemain pertahanan yang ingin mereka tandatangani musim panas ini.

Bagaimanapun, keputusan tersebut banyak bergantung pada kedudukan Lazio dalam menamatkan saingan musim ini kerana sekiranya layak ke Liga Juara-Juara, mereka mungkin melihat kepada sasaran lain, sementara kegagalan mendapatkan slot tersebut dapat mendorong mereka mendapatkan ejen bebas.

William Saliba bakal mendapat peluang membuktikan kehebatan dirinya kepada Mikel Arteta musim depan.

Dalam perkembangan lain, Arteta dilaporkan tidak berhasrat untuk memberikan kontrak lanjutan kepada Luiz dengan bersedia untuk memberi peluang kepada pertahanan muda yang masih belum membuat sebarang penampilan semenjak dibawa masuk iaitu William Saliba.

Post a Comment

Previous Post Next Post