Tottenham ‘inginkan’ bekas pengurus EPL ‘menggantikan Jose Mourinho’.

Kedudukan Jose Mourinho kini dalam bahaya dengan Spurs bersedia menggantikannya.

Baru saja tewas 3-1 kepada bekas kelabnya, Manchester United, kedudukan Jose Mourinho sebagai pengurus Tottenham tidak lagi selamat.

Spurs kini menduduki tempat ketujuh di Liga Perdana Inggeris (EPL), enam mata di belakang West Ham yang berada di kedudukan keempat dan ini bermaksud peluang untuk ke saingan Liga Juara-Juara musim depan mulai kelihatan tidak mungkin.

Perkembangan itu menyaksikan kedudukan Mourinho selaku pengurus pasukan mula menjadi tanda tanya dengan khabar angin mengenai orang lain yang akan menggantikannya sudah pun mula kedengaran.

Antara nama yang menjadi sebutan adalah Julian Nagelsmann selain Maurizio Sarri, yang menikmati kejayaan dan prestasi yang kurang dihargai ketika bersama Chelsea tidak lama dahulu.

Maurizio Sarri

Sarri ketika ini tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas pemecatannya dari Juventus, walaupun berjaya membawa pasukan itu menjuarai Serie A.

Difahamkan, pengurus itu berusaha untuk kembali ke arena musim depan dengan beberapa kelab mengejarnya.

Dikatakan Sarri 'dengan senang hati akan kembali ke Napoli', dan dia telah menolak 'pasukan lain' menjelang kempen yang akan datang.

Mengikut laporan Rai Sport, sebagai mana dipetik dari Area Napoli, mereka mendakwa Marseille menginginkannya sebelum mereka akhirnya melantik Jorge Sampaoli.

Jorge Luis Sampaoli Moya adalah jurulatih bolasepak kelahiran Argentina yang kini bertugas di kelab Ligue 1, Marseille dan dilantik pada Februari 2021.

Bagi Tottenham, mereka adalah kelab lain yang berminat, kerana Spurs inginkan dia menggantikan Jose Mourinho, walaupun masih belum melakukan perbincangan rasmi dengan ejennya, Fali Ramadani.

Ejen itu telah membantu Sarri sejak dia membawanya ke Chelsea dan telah dinyatakan bahawa sekiranya Napoli berminat, itu adalah pilihan pengurus tersebut untuk membuat keputusan.

Namun, perkara pertama yang perlu dilakukan Napoli dan Aurelio De Laurentiis adalah menyingkirkan Gennaro Gattuso terlebih dahulu, yang menjadi lebih sukar untuk dilakukan berikutan kelab itu hanya mengalami satu kekalahan dalam sembilan perlawanan terakhir.

Manakala Mourinho pula, mungkin menamatkan kariernya sekali lagi bersama kelab Inggeris, namun mungkin dengan tangan kosong kali ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post