Penyokong Arsenal mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran terhadap pemilik kelab, Kroenke Sports & Entertainment menjelang perlawanan dengan Everton pada hari Jumaat.
Kemarahan masih meluap di kalangan penyokong kelab-kelab yang bergabung dengan Liga Super Eropah sebelum keruntuhan pakatan tersebut minggu ini.
Arsenal adalah salah satu daripada enam kelab Liga Perdana Inggeris yang menyertai projek tersebut dan menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong setia The Gunners.
Pemilik Josh Kroenke rentung dipanggang semasa forum bersama peminat yang diadakan pada hari Khamis, dengan jawapannya tidak banyak membantu bagi mengurangkan ketegangan.
Kroenke mengatakan keluarganya tidak berniat menjual kelab itu, tetapi peminat dan penyokong memilih untuk menghentam mereka dengan sejumlah besar muncul di Stadium Emirates untuk meluahkan perasaan mereka dengan lebih jelas.
Laungan "Kroenke out" dan "kami mahu Arsenal kami kembali" bergema menjelang perlawanan menentang Everton.
Anda dapat saksikan protes dilakukan penyokong Arsenal seperti dibawah:
Amazing scenes here at Emirates Stadium as Arsenal fans continue their protest against KSE #KroenkeOut pic.twitter.com/I1e2diPWKs
— Chris Wheatley (@ChrisWheatley_) April 23, 2021
Difficult to get an estimate on numbers pic.twitter.com/BCzVyXg6Ma
— Simon Collings (@sr_collings) April 23, 2021
The scenes outside the Emirates 😍 #KroenkeOut pic.twitter.com/tVvVWXM5pG
— P™ (@SemperFiArsenal) April 23, 2021
"Legasi peminat" adalah salah satu istilah yang digunakan oleh pengasas Liga Super Eropah dan nampaknya ia telah dipilih oleh penyokong Gunners.
It's beginning. pic.twitter.com/G4bszFR4aO
— Nick Ames (@NickAmes82) April 23, 2021
Obviously can't count but must be around 3k people here now. pic.twitter.com/zTvqR5veyC
— Nick Ames (@NickAmes82) April 23, 2021
Big turnout already at the Emirates as fans protest against Arsenal’s Kroenke owners pic.twitter.com/awbMKn0bhX
— Sam Dean (@SamJDean) April 23, 2021
Pengumuman mengenai penyertaan dalam Liga Super Eropah membuka pintu perasaan marah penyokong setia kepada pemilik Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Tottenham, walaupun rancangan tersebut (ESL) kini bagaikan sudah terkubur.