"Sama je tiap-tiap musim" - Jangan terlalu gembira.

Pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin kemungkinan berada dalam senarai sasaran Paris Saint Germain (PSG) pada jendela musim panas ini kerana mereka mahu mengukuhkan barisan pertahanan kanan.

Setiap kali jendela perpindahan musim panas dibuka, maka setiap kali itu jugalah nama Bellerin dikaitkan dengan beberapa kelab ternama Eropah.

Menurut L'Equipe, mereka mengatakan bahawa pemain Sepanyol itu 'harus diperhatikan' kerana namanya sering muncul sebagai sasaran beberapa kelab setiap musim panas.

Laporan L’Equipe

Sebelum ini, Bellerin dilaporkan telah menerima lampu hijau daripada Mikel Arteta yang mengizinkan dia meninggalkan Arsenal pada musim panas ini.

Malah turut dilaporkan bahawa pengurus The Gunners itu bersedia menjualnya bagi mengumpul dana tambahan yang akan digunakan pada jendela perpindahan musim panas ini setelah Arsenal sekali lagi kemungkinan akan mengetatkan perbelanjaan kelab.

Ini menyaksikan Bellerin terus dikaitkan dengan beberapa kelab yang berminat termasuklah PSG, di mana dia dinamakan sebagai sasaran berpotensi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Musim panas ini boleh menjadi musim di mana ia akan menjadi kenyataan dengan L'Equipe melaporkan bahawa PSG merancang melakukan 'baik pulih secara besar-besaran' termasuklah pada sisi kanan pertahanan mereka musim panas ini.

Mereka kini mempunyai Alessandro Florenzi yang dipinjam dari Roma dan mempunyai pilihan untuk membelinya, tetapi pemain itu bergelut untuk mempamerkan aksi yang menyakinkan dan kelemahan itu menyebabkan pihak pengurusan mencari alternatif lain.

Florenzi jelas tidak sesuai di bawah kendalian Mauricio Pochettino dan oleh itu ketua PSG, Leonardo 'meninjau pasaran' untuk mencari pengganti jangka panjang.

Mereka menyatakan bahawa 'seperti setiap musim panas', Bellerin Arsenal adalah satu nama yang harus diawasi dengan teliti dalam beberapa bulan mendatang.

Itu sahaja yang mereka katakan mengenai perkara ini dan tidak ada petunjuk dari surat khabar bahawa mereka sangat meminati Bellerin.

Sebenarnya, laporan ini lebih cenderung kepada mereka yang mengatakan bahawa dia mungkin berada dalam senarai setelah dikaitkan pada masa lalu, jadi kami tidak akan terlalu teruja dengan kemungkinan berpindah sekarang.

Tentu mengecewakan bagi mereka yang mahu melihat Bellerin meninggalkan Arsenal. 

Post a Comment

Previous Post Next Post