Protes peminat dan penyokong Arsenal mengenai ESL diteruskan dengan kini pemilik kelab, Stan Kroenke menjadi sasaran.
Penyokong Arsenal akan membuat suara mereka didengari dipentas dunia dalam tindak balas terhadap rampasan kuasa Liga Super Eropah (ESL) yang sombong dan merosakkan di mana ianya dirancang oleh 12 kelab terbesar di Eropah.
Gabungan itu termasuklah kelab yang disebut 'big six' ataupun enam kuasa besar Liga Perdana Inggeris (EPL) yang diturut dianggotai Arsenal.
Ekoran itu, penyokong dan peminat setia The Gunners mula melakukan protes mengutuk tindakan kelab yang menyertai gabungan tersebut.
Awalnya protes ini dirancang untuk menentang penglibatan kelab dalam Liga Super Eropah, namun kini beralih dengan mensasarkan kepada Stan Kroenke.
Protes dari penyokong The Gunners kini diteruskan bertujuan untuk memaksa Kroenke supaya keluar dari Arsenal dengan hastag #KroenkeOut yang semakin kuat.
The right decision has been reached here and it's good to see the statement was an apology rather than some bland and generic words. But Kroenke's actions in taking the club to this point won't and shouldn't be forgotten. He isn't fit to have his hands on Arsenal.
— Charles Watts (@charles_watts) April 20, 2021
Arsenal sebelum itu, berharap dapat meredakan kemarahan peminat dan penyokong dengan surat terbuka mengenai pemohonan maaf di atas kesilapan yang dilakukan mereka berhubung penyertaan Liga Super Eropah.
Bagaimanapun, harapan untuk mengembalikan kredibiliti kelab di mata peminat setia menemui kegagalan, sebaliknya kini tumpuan protes mula berubah dengan mendesak supaya pemilik tunggal meninggalkan kelab.
Keputusan Arsenal untuk menyertai Liga Super Eropah bukanlah keputusan ataupun kelulusan dari Stan Kroenke seorang sahaja, ia diluluskan dan ditandatangani ‘The Arsenal Board’.
Pun begitu, kesalahan tetap diletakkan dibahu Stan Kroenke kerana dia adalah pemilik tunggal kelab walaupun memiliki barisan ahli lembaga pengarah yang menguruskan kelab.
Apa yang diingini peminat dan penyokong Arsenal kini adalah perubahan.
Mereka mahukan 'penjaga' yang memiliki kelab dan bukan pelabur yang mementingkan keuntungan semata-mata.
Apa pun langkah dari sudut ini, apa pun protes yang dilakukan untuk terus maju, apa pun visi sekalipun, ia adalah tanpa Stan Kroenke sebagai pemiliknya.
Penyokong Arsenal akan terus berjuang untuk 'mengembalikan kelab kami'.
#KroenkeOut