Ramsey dan Juventus dikritik dengan pembaziran.

"Dia juga seperti itu di Arsenal" - Juventus dikritik kerana membazir membayar gaji besar kepada Ramsey.

Aaron Ramsey meninggalkan Arsenal pada musim panas 2019 setelah The Gunners menarik balik tawaran pembaharuan kontrak terhadapnya.

Pemain Wales itu kemudiannya menandatangani kontrak bersama Juventus dalam perpindahan percuma dan menerima pakej gaji besar dalam proses itu.

Bagaimanapun, aksinya bersama kelab Turin tidaklah memberi impak yang mengagumkan jika dibandingkan dengan apa yang diterimanya.

Pada musim terakhirnya bersama Arsenal, pemain tengah itu bermain 40 perlawanan, menyumbang enam gol dan lapan bantuan dalam kesemua kejohanan yang disertainya.

Kemudian dalam kempen pertamanya bersama Juventus, Ramsey berjaya 35 penampilan, walaupun minit permainan sedikit kurang kerana dia tidak kerap bermain dalam perlawanan penuh (90 minit).

Musim ini telah menyaksikan beliau membuat 28 penampilan setakat ini, yang merupakan satu pulangan yang baik walaupun terganggu dengan beberapa siri kecederaan. 

Media Turin telah mengaitkan Ramsey dengan kembalinya beliau ke Liga Perdana Inggeris selama berbulan-bulan, walaupun gajinya yang tinggi menjadikan perkara itu sukar bagi mana-mana kelab yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Antonio Cassano, sekarang bekerja sebagai pakar (pundit), telah menangani situasi itu dan dia merasakan bahawa Juventus tidak bijak untuk meletakkan Ramsey dengan gaji tinggi, setelah melihatnya menghadapi masalah kecederaan ketika bersama Arsenal.

Dipetik dari Il Bianconero, dia berkata: "Ramsey? Dia juga seperti itu di Arsenal, di Juve membazir wang.

"Apakah kita tidak mengetahui hanya sekarang bahawa Ramsey mengalami kecederaan? 

"Masalahnya ialah pengurus Juventus memberinya banyak wang, tetapi dia juga menghadapi masalah itu di Arsenal. 

"Saya setuju bahawa dia secara teknikalnya bagus, tetapi masalahnya ada sebelum itu. "

"Mica lo scopriamo solo adesso che Ramsey ha gli infortuni? Il problema è che i dirigenti della Juventus gli hanno dato una barcata di soldi, ma quei problemi li aveva anche all'Arsenal. Sono d'accordo sul fatto che sia tecnicamente valido, ma i problemi c'erano già prima".

Pemain berusia 30 tahun itu mempunyai kontrak bersama Juventus sehingga Jun 2023 dan Ramsey tidak mungkin melepaskan sebahagian besar gajinya untuk menyertai pasukan lain kerana pada usianya kini, sudah pasti sukar untuk menerima sebagaimana apa yang dimilikinya ketika ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post