Statistik Arsenal dengan dan tanpa Saka + Smith Rowe pada musim 2020-21.

Membandingkan rekod Arsenal ketika gandingan Saka dan Smith Rowe serta tanpa mereka berdua beraksi untuk musim 2020/21.

Dua pemain Arsenal yang dilahirkan dari akademi Hale End, Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe telah menjadi pemain pilihan untuk pasukan utama Mikel Arteta musim ini.

Ketika beberapa pemain Arsenal dikritik kerana persembahan kurang memberangsangkan dalam kempen sukar kali ini, duo berbakat ini telah menjadi pemain yang menyinar untuk The Gunners.

Berikut kami senaraikan statistik menarik apabila dua pemain ini diturunkan dalam aksi Liga Perdana Inggeris buat Arsenal untuk musim ini (2020/21) - ketika Saka dan Smith Rowe sama-sama memulakan dan membandingkannya dengan rekod mereka apabila salah seorang dari mereka tidak bermula.

Perkara Saka + ESR Tanpa Saka atau ESR
Main 10 20
Menang 7 5
Seri 1 5
Kalah 2 10
Jaringan 21 19
Bolos 8 27
Mata per perlawanan 2.2 1
Peratusan menang 70% 25%
Peratusan kalah : 20% 50%
Jaringan per perlawanan 2.1 0.95
Bolos per perlawanan 0.8 1.35

Apa pendapat anda?

Post a Comment

Previous Post Next Post