The Gunners bersedia untuk membuat tawaran.

Barcelona tahu bahawa mereka tidak dapat bersaing dengan Arsenal untuk menandatangani Eric Garcia.

Kontrak Eric Garcia bersama Manchester City akan berakhir pada hujung musim ini. 

Pemain pertahanan itu telah memutuskan untuk tidak menandatangani kontrak baharu (penyambungan) dengan The Citizens dan akan meninggalkan Etihad sebagai ejen bebas pada musim panas ini.

Barcelona telah lama tertarik pada pemain berusia 20 tahun itu, sementara ada juga dakwaan bahawa Arsenal membuat pendekatan untuknya.

Laporan Sport Mac lalu mengesahkan bahawa Eric Garcia telah membuat keputusan untuk meninggalkan Manchester City ketika kontraknya di Etihad berakhir pada hujung musim ini dan laporan ini juga melaporkan minat Arsenal.

Mikel Arteta mengenali pemain antarabangsa Sepanyol sejak zamannya di City sebagai pembantu Pep Guardiola.

Keinginan pemain tengah itu adalah untuk kembali ke Camp Nou pada musim panas dan Sport menjelaskan bahawa kelab Catalan ingin menyelesaikan urusan perpindahan (jual-beli) sebelum akhir bulan ini.

Pasukan Ronald Koeman kini menunggu respons Garcia setelah mereka mengemukakan tawaran kepada pemain tersebut.

Dakwaan baru-baru ini menunjukkan bahawa Barca telah menurunkan tawaran mereka, tetapi akhbar itu menjelaskan hanya gaji tetap yang diturunkan jika dibandingkan dengan tawaran gaji yang dibuat pada bulan Januari. 

Walau bagaimanapun, keseluruhan pakej lebih tinggi jika mengambil kira bonus yang ditawarkan.

Gergasi Sepanyol itu yakin bahawa pemain tersebut akan menerima syarat ini untuk menyertai mereka memandangkan keadaan ekonomi yang tenat ketika ini.

Bagaimanapun Garcia dan wakilnya telah meminta waktu untuk memikirkannya walaupun ada sedikit ruang untuk berbincang mengubah mengenai pekej yang ditawarkan itu.

Perkara yang sama telah disampaikan oleh Barca kepada pemain pertahanan dan kemnya.

Barcelona tidak mahu isu ini berlanjutan kerana Arsenal sangat memahami situasi yang melanda Garcia selain Paris Saint-Germain (PSG) juga berminat untuk mendapatkan pemain itu.

Pasukan Koeman sedar bahawa mereka tidak dapat bersaing secara ekonomi dengan pasukan seperti Arsenal dan PSG untuk Garcia.

Laporan Sport hari ini mendedahkan bahawa kelab Catalan itu mahu menyelesaikan perjanjian sebelum akhir bulan ini.

Dengan mengambil kira pertahanan tengah City itu ingin kembali ke Barca sejak musim panas lalu, gergasi Sepanyol itu tetap berharap mereka dapat menggunakan perkara itu untuk meyakinkannya menyertai mereka.

Kes Garcia lebih terbuka daripada beberapa minggu yang lalu, tetapi ada keyakinan di Camp Nou mengenai kedatangannya dengan perpindahan percuma di jendela perpindahan nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post