Bekas pengurus Arsenal yang kini memegang jawatan di FIFA, percaya lebih banyak teknologi akan tersedia menjelang Piala Dunia di Qatar.
Arsene Wenger telah mendakwa bahawa keputusan offside dapat diputuskan secara automatik di Piala Dunia 2022 di Qatar, seiring dengan kemajuan teknologi yang dirancangkan walaupun pengenalan dan penggunaan VAR terus menerima kritikan.
Selepas meninggalkan Arsenal, 'Le Professor' ataupun dalam bahasa Perancis biasanya diterjemahkan sebagai 'The Teacher' menyertai FIFA dengan jawatan ataupun peranan sebagai Ketua Pembangunan Bolasepak Global.
Dengan kedudukan yang menonjol bersama badan penganjur dan tertinggi bolasepak, Wenger berada dalam posisi yang tepat untuk memberikan komen mengenai perubahan yang akan dilakukan yang bertujuan untuk memudahkan para petugas pertandingan dan mengurangkan kesilapan yang disebabkan oleh kesalahan manusia.
Wernger telah memberitahu FIFA melalui siri rancangan FIFA Living Football: "Offside automatik saya rasa akan siap pada tahun 2022.
"Automatik bermaksud ia isyarat akan terus diberikan kepada penjaga garisan dan jam tangan penjaga garisan itu akan bernyala lampu merah yang memberitahunya offside atau tidak offside.
"Pada masa ini kami mempunyai situasi di mana pemain berada di garisan untuk melihat adakah mereka offside atau tidak.
"Rata-rata, masa yang harus kita tunggu adalah sekitar 70 saat, kadang-kadang satu minit 20 saat, kadang-kadang lebih lama sedikit apabila keadaannya sangat sukar untuk diputuskan.
"Ini sangat penting kerana kita melihat banyak situasi meraikan gol dibatalkan selepas itu kerana margin kecil dan oleh sebab itu saya percaya ia adalah langkah yang sangat penting.
"Separa automatik akan pergi ke VAR terlebih dahulu, yang kemudian akan memberi isyarat kepada penjaga garisan.
"Saya berusaha keras untuk mendapatkan kelebihan automatik sepenuhnya, yang bermaksud isyarat segera diberikan kepada penjaga garisan. "
Teknologi ini bukanlah baharu untuk digunakan di pentas Piala Dunia Qatar, dimana ianya pernah digunakan sebelum ini sebagai percubaan oleh FIFA di Piala Dunia Kelab 2019 dan semenjak itu teknologi ini terus dikemaskini.
Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB), yang mengawasi dan mengatur buku peraturan bolasepak, telah mengatakan bahawa ia akan terus mengkaji undang-undang offside dan teknologi yang sedang digunakan untuk membuat keputusan lebih mudah diterima.
Wenger menambah: "FIFA dan IFAB selalu mengatakan bahawa keputusan akhir akan tetap dilakukan oleh pengadil, dengan teknologi diperkenalkan untuk memberikan para pegawai sokongan terbaik yang tersedia."
FIFA telah memperkenalkan Video Pembantu Pengadil (VAR) dalam bolasepak di peringkat tertinggi di seluruh Eropah, dengan bahagian domestik terkemuka dan kejohanan antarabangsa utama kini menggunakan VAR.
Sistem itu tidak diterima dengan baik secara global dengan banyak keputusan yang masih dipersoalkan, malah kontroversi juga tidak pernah lari ketika datang kepada keputusan offside yang dapat ditentukan oleh beberapa milimeter.
Penggunaan monitor sisi juga menerima kritikan dengan pegawai yang ditugaskan tidak begitu konsisten dalam menentukan keputusan, sementara banyak pihak yang menuntut agar kecepatan keputusan VAR dipertingkatkan lagi kerana mengganggu perlawanan setelah mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.
Adakah teknologi baharu ini akan dapat membantu pengadil dan penjaga garisan dalam menentukan offside dengan lebih pantas serta tepat?
Menarik untuk disaksikan setelah penggunaan VAR banyak menggangu rentak perlawanan.
Living Football - Episod 4
The fourth episode of Living Football, FIFA’s Magazine Show, features three men most renowned for different roles in the sport: legendary coach Arsene Wenger and refereeing great Pierluigi Collina. Wenger, now FIFA’s Chief of Global Football Development, discusses future developments in football, including potential changes to the offside Law.