Tugas berat menanti Arteta musim depan sekiranya rancangan beliau gagal memberikan keputusan positif.
The Gunners telah mengharungi kempen Liga Perdana yang sengit dan pincang ketika ini, dengan mungkin menamatkan saingan di kelompok pertengahan, sesuatu yang pastinya sangat mengecewakan kita semua.
Lebih menyedihkan sekiranya gagal menempatkan diri untuk kejohanan Eropah secara merit dengan menamatkan saingan di kalangan empat ataupun enam tempat teratas liga ataupun gagal sama sekali melalui mana-mana cara lain.
Pun begitu, pasukan Arteta masih memiliki peluang untuk memenangi Liga Europa, namun sekiranya mereka gagal layak beraksi di kejohanan tersebut ataupun Liga Juara-Juara musim depan, kita mungkin akan menerima kesengsaraan paling pilu yang tidak pernah kita alami sebelum ini, iaitu sepi dari saingan Eropah buat pertama kalinya dalam tempoh 25 tahun.
Bekas pemain tengah Arsenal dan Everton itu telah melakukan beberapa perubahan positif sejak pelantikannya pada November 2019, termasuk kejayaan menggabungkan sejumlah pemain muda berbakat bersama skuad senior The Gunners.
Walau bagaimanapun, persembahan kolektif musim ini tidak cukup baik untuk meletakkan Arteta berada dikedudukan selesa sehingga menenggelamkan dua piala yang dihadiahkannya semenjak dilantik menjadi pengurus pasukan.
Kedudukan kelab ketika ini menjadi ukuran selain layak beraksi dipentas Eropah musim depan, maka tidak hairanlah Arteta mendapati dirinya berada di bawah tekanan yang kuat walaupun kebangkitan sekejap berjaya mengekalkan tugasnya dengan selamat setakat ini.
Bagaimanapun, menurut laporan, Arsenal 'dapat memecat Mikel Arteta musim depan' lebih awal, iaitu seawal musim baharu bermula sekiranya gagal memberikan persembahan positif dan menyakinkan.
Mereka melaporkan bahawa Arteta dapat dilepaskan dari tugasnya pada peringkat awal musim depan jika perubahan musim panas yang dirancang pengurus Sepanyol itu gagal memberikan peningkatan dan kekuatan pasukan.
Arteta dijangka melakukan perubahan besar yang ketara pada jendela perpindahan musim panas ini bagi menguatkan pasukannya dalam mengharungi kempen musim depan, dengan sasaran menempatkan diri di kelompok empat teratas.
Nasib pengurus muda ini bergantung sepenuhnya pada jendela perpindahan kali ini sama ada berjaya ataupun tidak kerana pihak pengurusan tertinggi The Gunners difahamkan bersedia untuk bertindak lebih tegas, menurut talkSPORT.
Laporan itu mendakwa bahawa Arteta telah diberikan sekurang-kurang sepuluh perlawanan untuk menunjukkan dan membuktikan bahawa pasukannya mampu bersaing, yang akan dimulai ataupun diambil kira bermula pada awal musim depan.
Arsenal manager Mikel Arteta could be sacked 10 games into next season if a summer overhaul fails to deliver results, talkSPORT have been told.
Arteta bagaimanapun menyatakan bahawa dia tidak bimbang tentang pemecatannya ketika menjawab soalan wartawan selepas kemenangan Ahad lalu ke atas Newcastle United.
Beliau kini sedang mempersiapkan pasukannya dalam pertempuran penting menentang Villarreal untuk perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa pada pagi Jumaat ini (waktu Malaysia, jam 3 pagi).
The Gunners berpeluang untuk mengatasi defisit 2-1 pada perlawanan pertama ketika memyambut kedatangan Emery dan pasukannya di Stadium Emirates minggu ini.
"Saya tidak mahu berfikir seperti itu," kata Arteta kepada wartawan.
"Saya ingin berfikir bahawa kita akan berada di final [Liga Europa] dan kemudian kita akan menerima perkara yang sangat positif selepas itu."
Arsenal tidak begitu hebat dalam aksi baru-baru ini, dengan hanya memperolehi dua kemenangan dari enam perlawanan terakhir Liga Perdana mereka.
Ketika ditanya mengenai faktor-faktor di sebalik prestasi mengerikan pasukannya, Arteta menjelaskan: "Ini kerana banyak alasan dan punca.
"Pertama, kami tidak mempunyai kesempatan untuk memiliki barisan yang sangat konsisten.
"Konsistensi dalam mencatatkan keputusan baik di Liga Perdana sangat berbeza dengan Liga Europa, di mana kami sangat konsisten [Liga Europa].
"Tetapi dalam liga, kami tidak mempunyai banyak alasan yang berbeza, salah satunya adalah kesebelasan, yang lain adalah jumlah kesalahan yang kami hasilkan pada saat-saat penting, yang lain adalah kurangnya keberkesanan pada bahagian tiga terakhir (final third) yang akan saya katakan, untuk mematikan permainan.
"Satu lagi adalah kerana lawan kadang-kadang lebih baik.
"Kami berusaha untuk menjadikannya jelas seperti yang kami dapat sepanjang masa dalam mesej kami tetapi kadang-kadang lawan mendapatkannya lebih awal.
"Saya rasa ia sangat penting menentang Villarreal dengan mereka menjaringkan gol lebih awal dan bagaimana reaksi kami selepas itu.
"Ada beberapa perlawanan di mana kami telah memulakan dengan sangat baik dan tidak menyelesaikannya dengan baik.
"Jadi saya rasa tidak ada corak sepanjang musim ini."