Kelab tidak berganjak sedikit pun, kemungkinan menuntut € 60 juta dari Arsenal untuk menrealisasikan perpindahan pemain muda.
Akhbar Portugis, A Bola hari ini mempunyai sedikit pesanan untuk Arsenal atau pihak lain yang berminat terhadap penyerang Sporting, Tiago Tomas pada musim panas ini.
Cerita ataupun laporan mereka muncul setelah media Itali, Gazzetta Dello Sport mempunyai coretan yang memuji potensi pemain berusia 18 tahun itu pada hari Khamis.
Terdahulu, Gazzetta Dello Sport hanya menceritakan mengenai kualiti pemain muda itu dan bukannya menyenaraikan mana-mana kelab Serie A yang ingin menandatanganinya, apa yang mereka lakukan adalah menyebut ataupun memetik nama Arsenal.
Disebabkan itu, A Bola membuat keputusan sendiri dalam membicarakan mengenai minat The Gunners terhadap pemain itu dengan mereka menjelaskan bahawa Sporting tidak bersedia menjual penyerang itu dalam masa terdekat.
Tomas ketika ini mempunyai dengan kontrak sehingga 2025 dan klausa pelepasan bernilai € 60 juta bersama Sporting.
A Bola mengatakan Sporting tidak akan berganjak sedikit pun sekiranya ada tawaran yang muncul kerana mereka begitu yakin bahawa bakat pemain muda itu akan lebih menyinar pada masa depan.
Walaupun baru berusia 18 tahun, Tomas telah berjaya menjadi bahagian penting bagi skuad Lions.
Dia telah bermain 36 perlawanan musim ini dengan enam gol berjaya dijaringkan dan membantu kelab untuk merebut gelaran liga setelah bertahun-tahun.
Arsenal telah diberi amaran, begitu juga kelab-kelab lain yang berhajat menandatangani pemain ini.