Tiada idea dan taktikal kelaut, Arteta patut dipecat.

Mikel Arteta telah dilabel dengan taktikal teruk dan tiada idea setelah Arsenal tersingkir dari Liga Europa.

Musim sengsara The Gunners bertambah teruk setelah mengalami kekalahan kepada Villareal diperingkat separuh akhir Liga Europa.

Kegagalan Arsenal untuk mara ke final menyaksikan peluang untuk beraksi di kejohanan Eropah musim depan bagaikan tertutup.

Namun, disebalik kesedihan yang dihadapi kem Arsenal, Unai Emery tersenyum riang memandangkan dirinya penah dipecat dan dihalau keluar dari Emirates setahun setengah yang lalu.

Kejayaan Emery itu juga menyaksikan Mikel Arteta kini dalam kedudukan sukar dan pengurus Arsenal itu mungkin akan disingkirkan menurut Andy Goldstein dari talkSPORT.


"Arsenal bukan hanya menyedihkan malam ini," kata Goldstein di Sports Bar.

"Memalukan, kurang idea, lesu, taktik mengarut, pengurus itu tidak tahu bagaimana memilih pasukannya dan pemain gantian.

"Dari awal hingga akhir memang tidak menyenangkan. 

"Ini benar-benar sampah oleh Arsenal malam ini. "

Arsenal akan melalui musim 2021/22 tanpa saingan Eropah buat pertama kalinya dalam tempoh 25 tahun, melainkan mereka berjaya merapatkan jurang dan menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris.

Ketika ini Arsenal berada ditangga ke-9 liga dengan dibezakan tujuh mata dengan Tottenham yang berada dikedudukan ke-6.

Sudah pasti ianya satu tugas sukar dan mustahil kerana baki perlawanan liga hanya tinggal empat perlawanan sahaja untuk menamatkan saingan musim ini.

Perkembangan dan situasi tersebut menyebabkan peminat The Gunners, John (sebagaimana dipetik dari talkSport) mendesak supaya Arteta dipecat.

“Arteta has to go, it’s as simple as that. He’s failed like Lampard. Lampard did better than him and he was sacked! This guy has failed miserably. There is no way he can stay.”

John menambah bahawa Arteta lebih teruk daripada Frank Lampard ketika mengendalikan Chelsea.

Post a Comment

Previous Post Next Post