FIFA mempertimbangkan untuk mengadakan Piala Dunia setiap dua tahun.

Kejohanan Piala Dunia kemungkinan besar akan diadakan setiap dua tahun sekali berbanding empat tahun sekali ketika ini selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengambil langkah untuk menyokong idea berkenaan.

Presiden FIFA, Gianni Infantino antara yang menyokong idea itu yang mana ianya mendapat tentangan daripada ketua-ketua bolasepak Eropah.

Bagaimanapun, cadangan bagi menjalankan kajian terhadap idea untuk mengadakan saingan Piala Dunia lelaki dan wanita setiap dua tahun sekali mendapat undian tertinggi pada Kongres dihadiri 211 ahli gabungan yang diadakan secara maya.

Cadangan dikemukakan Arab Saudi mendapat sokongan 166 negara dengan hanya 22 menentang manakala 21 berkecuali - Pakistan dan Chad ketika ini masih digantung FIFA.

A feasibility study will be conducted into transitioning the showpiece competition to a biannual format following a proposal from Saudi Arabia - Goal

Hanya Arab Saudi yang disokong Maghribi bercakap mengenai usul berkenaan dan Infantino berjanji: "Perkara ini akan dilihat dan dikaji oleh pengurusan FIFA dan semua pemegang taruh."

Infantino juga memberi bayangan dia akan menggunakan kajian yang akan dilakukan bagi melihat perubahan jumlah perlawanan antarabangsa dalam aksi pusingan kelayakan.

Kejohanan Piala Dunia lelaki seterusnya akan diadakan di Qatar pada akhir 2022, dengan Australia / New Zealand pada 2023 diikuti lapan bulan kemudian untuk wanita.

Tetapi kemungkinan rombakan masa depan itu juga akan memaksa perubahan secara meluas dalam aksi dan perlawanan kelab serta kejohanan benua seperti Kejuaraan Eropah dan Copa America.

Post a Comment

Previous Post Next Post