Pada 26hb March 2021, syarikat Home of Champion melalui Bapakku FM telah mendedahkan perancangan dan halu tuju kumpulan rock legenda, SEARCH.
Pendedahan itu termasuklah kerjasama mereka bersama pihak pengilang dalam usaha mengeluarkan kembali kasut yang pernah menjadi kegilaan anak muda era 80an, Aliph Search.
Melalui pendedahan itu, dapat kita fahami dimana anggota SEARCH - Din dan Kid bertindak melakukan usaha tersebut bersama Mozylir Mokhtaruddin bagi meneruskan kelangsungan hidup disamping menghidupkan kembali nama SEARCH.
Malah pada sesi yang lain, Bapakku FM (klik untuk menonton) turut mendedahkan dimana isteri Kid mengidap kanser, yang pastinya lebih menyukarkan kehidupan anggota SEARCH itu.
Bagaimanapun, usaha tersebut mendapat tentangan dan mencetuskan kontroversi sebagaimana dilaporkan Metro pada 20 Mei dimana bekas penyanyi kumpulan SEARCH, Amy, pemain bass, Nasir dan waris keluarga pemain dram, Allahyarham Yazit meminta individu bernama Mozylir Mokhtaruddin dan syarikat, Home of Champions menghentikan penggunaan nama SEARCH untuk mengaut keuntungan dengan penjualan pakaian dan aksesori di atas nama SEARCH.
Mereka dalam satu kenyataan mendakwa pihak terbabit menggunakan nama SEARCH tanpa kebenaran Amy, Nasir dan waris Yazit.
Mereka mendakwa Mozylir dan Home of Champions menggunakan nama 'fenomenasearch' melalui laman web www.fenomenasearch.com dan menggunakan alamat e-mel yang memakai nama domain fenomenasearch.com.
Ini termasuk penjualan pakaian dan aksesori menggunakan nama SEARCH atau imej yang berkaitan dengan Search melalui laman web itu, Facebook, Instagram dan Shopee selain menjual kasut Aliph x Search - Edisi 2021 atas dasar penjualan terhad kepada 999 unit.
Pun begitu, laman yang menggunakan domain fenomenasearch itu telah lama beroperasi dan melihat kepada sejarah laman Facebook mereka ianya telah ditubuhkan pada April 2020.
Pautan dilaman fenomenasearch.com turut mengandugi laman
Rockology dan anda dapat membaca serta memahami dimana laman tersebut diwujudkan bagi menggerakkan legasi SEARCH yang kian terbatas pergerakannya disebabkan pengunduran
Amy sebagai penyanyi utama kumpulan SEARCH dan Pandemik Covid 19 yang telah merencatkan banyak perancangan untuk tahun 2020.
Selain dari muzik, Din juga menegaskan, SEARCH akan mengkomersilkan jenama ini dalam pelbagai sudut perniagaan dan komersial serta tidak terikat kepada satu arah sahaja seiring dengan perjalanan seni SEARCH selama 40 tahun dlm industri muzik tempatan.
SEARCH adalah satu Institusi dan rujukan kepada penggiat seni dan masyarakat. Dengan itu timbul la idea Rockology Search. Projek ini boleh diibarat Muzik, Kronologi & Identiti.
Dengan gabungan team produksi yg berpengalaman di balik tabir SEARCH, Din yakin untuk mengepelai legasi ini seiring dengan pengalaman yang beliau ada.
Sebelum kekecohan ini bermula, pada awal Mei, Din telah berusaha untuk menyatukan kembali SEARCH namun gagal.
"Seperti saya pernah cakap sebelum ini, saya sebenarnya tak nak buat perkara ini. Saya sudah 40 tahun bersama Search, takkan saya nak ketepikan yang lain.
"Saya sudah cuba untuk kembali dan satukan Search semula, tapi tak berjaya dan nampak saya pula yang salah.
"Saya tak boleh tunggu lama-lama. Takkan saya nak duduk rumah hanya makan dan tidur kerana nanti nak pegang gitar pun dah tak boleh," katanya.
"Pendapatan adalah perkara kedua, tapi saya perlu bermain gitar kerana saya sepenuh masa dalam bidang ini. Saya tiada kerja lain. Siapa nak bagi kita rezeki?
"Inilah masalah Search dari dulu lagi dan orang tak tahu. Saya malas nak bebel banyak-banyak. Satu lagi masalah ialah Search tiada pengurusan dan disebabkan inilah berlakunya masalah sekarang," katanya sabagaimana dipetik
Metro.
Dalam masa sama, Noordin turut mempertikaikan tindakan Amy yang meninggalkan Search pada Mac tahun lalu selepas 40 tahun bersama.
"Dia tinggalkan Search begitu sahaja. Sepatutnya Amy sokong apa yang kami buat. Contohnya dia dapat tahu kami ada berlatih atau buat sidang media ini, sepatutnya dia datang jumpa kami untuk beri sokongan. Itu yang saya harapkan.
"Saya bukan nak memandai-mandai tapi saya tengok kumpulan di luar negara di mana penyanyinya masih sokong kumpulan itu walaupun dia sudah keluar dan tempatnya digantikan penyanyi lain.
"Samalah seperti Search. Kita kena tukar mentaliti dan terima benda baru. Saya tak nak buat benda (konsert) ini pun tanpa Amy. Seperti saya kata pada Akim, Amy tiada ganti. Dia adalah raja dan berada pada satu tahap yang sukar digugat," katanya.
Noordin juga kecewa kerana usahanya menghubungi Amy menerusi aplikasi WhatsApp tidak dibalas sehingga sekarang.
"Saya dan Kid juga ada had masa sendiri dan akhirnya kami terpaksa tampil dengan apa yang dibuat sekarang," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai ketiadaan pemain bass, Nasir, Noordin berkata, Nasir kini sibuk dengan perniagaan baharunya dan mungkin akan terbabit dalam persembahan akan datang.
Sekarang penulis pun pening siapa ahli kumpulan SEARCH yang sebenarnya dan siapakah yang boleh menggunakan harta intelek itu selepas Nasir dalam laporan
Metro, 22 Mei menegaskan nama Search bukan untuk sesuka hati diperdagangkan.
"Din dan Kid boleh menggunakan nama Search dengan persetujuan bersama. Saya, Nasir dan dan waris arwah Yazit tidak pernah bersetuju berhubung kegiatan perniagaan syarikat berkenaan.
"Semasa arwah Yazit sakit, kami semua sudah setuju jika apa-apa terjadi pada arwah, kami tidak akan ambil pemain dram lain untuk menggantikannya. Kami akan menggunakan pemain dram undangan jika ada tawaran persembahan" katanya.
Susulan itu, ianya menimbulkan reaksi berbeza peminat SEARCH dilaman sosial.
Rata-ratanya dilihat memihak kepada dua lagi anggota Search iaitu pemain gitar, Noordin dan Kid yang didakwa menjadi 'mangsa' konflik itu.
Malah, mereka turut mengkritik Amy yang dikatakan tidak mementingkan ikatan persahabatan sebaliknya lebih kepada soal material terutama membabitkan penggunaan nama Search untuk tujuan komersial.
Ada di antara mereka turut meminta Amy dan Nasir menggunakan 'budi bicara' serta memberi ruang kepada Noordin dan Kid menggunakan nama Search dalam menjana pendapatan mereka.
Malah, segelintir peminat Search turut mempertikaikan tindakan Amy melarang penggunaan nama Search sedangkan dia turut menggunakan jenama Amy Search selain sudah meninggalkan kumpulan itu, Mac tahun lalu.
Namun penjelasan Amy di ruangan komen media sosial yang mengatakan bahawa nama Amy Search sudah didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sedikit merungkai permasalahan ini.
Begitu juga dengan nama SEARCH yang turut didaftarkan di bawah MyIPO dan ia adalah milik lima anggotanya iaitu Amy, Nasir, Noordin, Kid dan Yazit.
Namun, jika salah seorang daripada mereka mahu menjalankan perniagaan menggunakan nama Search, ia perlu mendapat kebenaran semua.
Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan secara baik.