Rekod baru Arsenal dalam 25 tahun tercipta.

Arsenal gagal ke final Liga Europa setelah mencatatkan keputusan seri 0-0 di Emirates.

Villarreal akan berdepan Manchester United pada pentas akhir Liga Europa selepas kelab dari Sepanyol itu bertahan untuk seri 0-0 di Stadium Emirates sebentar tadi.

Keputusan tersebut menyaksikan hasrat untuk melihat semua wakil Liga Perdana Inggeris ke final saingan Eropah terkubur.

Dua cubaan Pierre-Emerick Aubameyang terkena palang buat Arsenal, namun kekalahan 2-1 secara agregat bermakna The Gunners terlepas aksi Liga Juara-Juara buat kali kelima berturut-turut.

Berkedudukan kesembilan Liga Perdana, musim Arsenal bergantung kepada kejayaan dalam Liga Europa untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Namun bekas bos The Gunners, Unai Emery berjaya membalas dendam selepas dipecat hanya selepas 18 bulan selaku pengganti Arsene Wenger dengan memimpin Villarreal ke final saingan Eropah pertama mereka.

Untuk rekod, Emery telah memenangi kejohanan ini sebanyak tiga kali bersama Sevilla dan juga membawa Arsenal final Liga Europa dalam musim sulungnya di Emirates.

Emery memenangi Liga Europa bersama Sevilla sebanyak tiga kali dengan kali terakhir pada musim 2015/16.

Pengendali dari Sepanyol itu dikritik kerana pendekatan berhati-hati selepas mendahului 2-0 pada babak pertama saingan separuh akhir pertama yang membolehkan Arsenal kembali merapatkan jaringan menerusi penalti Nicolas Pepe.

Bagaimanapun skuad Yellow Submarine tidak bergantung kepada kelebihan awal mereka apabila mengawal babak pertama tanpa menjaringkan gol penting di tempat lawan.

Arsenal hampir membuka jaringan sebelum rehat apabila cubaan Aubameyang sedikit tersasar.

Arsenal memulakan babak kedua dengan lebih baik namun mensia-siakan dua peluang terbaik untuk mara menerusi gol di tempat lawan dan kelebihan beraksi dilaman sendiri.

Kegagalan ini dan jika gagal menempatkan diri secara merit pada kedudukan Liga Perdana Inggeris akan menyaksikan Arsenal tidak akan beraksi dalam saingan Eropah buat pertama kalinya dalam tempoh 25 tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post