Kelab Sepanyol itu mengesahkan kedudukan mereka di final Liga Europa selepas mereka mengekalkan kelebihan perlawanan pertama 2-1.
Bermain di Stadium Emirates pagi tadi, mereka kebal dan utuh bertahan untuk mencatatkan keputusan seri tanpa sebarang jaringan, sekaligus menyingkirkan skuad Mikel Arteta dari saingan Eropah kali ini.
Bekas bos The Gunners, Unai Emery mendalangi kemenangan itu selepas satu tahun setengah dipecat oleh pasukan Utara London.
Emery ketika masih bersama Arsenal terkenal dengan 'tagline' - Good Ebening yang menjadi bahan jenaka buat peminat dan penyokong The Gunners.
Pun begitu, warisan Emery masih hidup dan kekal sehingga kini, malah ia tetap menjadi bahan lucu di media sosial, termasuklah ketika menjelang pertembungan Villareal dan Arsenal.
Kembali ke Stadium Emirate pagi tadi, tagline tersebut menjadi jenaka dengan rata-rata peminat dan penyokong Arsenal yakin pasukan Arteta berjaya mengalahkannya.
Namun sebaliknya yang terjadi dengan Villareal dan Emery ketawa keriangan malam tadi (waktu tempatan).
Kejayaan mara ke final membuatkan Villareal memuat naik status menyindir penuh bermakna dilaman sosial Twitter milik mereka.
Ucapan selamat malam - Good Evening dari Villareal penuh dengan sindiran.
Good evening.#UEL #EsNuestroMomento pic.twitter.com/bfoeV31rvC
— Villarreal CF (@VillarrealCF) May 6, 2021
Bertabahlah wahai Gooners semua. 😅