Usaha Chelsea untuk membina stadium baharu mereka terhalang selepas gagal dalam bidaan kepada syarikat Malaysia.
Stesen Janakuasa Battersea (Battersea Power Station) adalah stesen janakuasa arang batu yang tidak lagi aktif, terletak di tebing selatan Sungai Thames, Battersea, di London.
Stesen ini adalah salah satu bangunan bata terbesar di dunia dan terkenal dengan kelengkapan serta hiasan dalaman Art Deco yang asli.
Bangunan ini terdiri daripada dua stesen janakuasa, yang dibina dalam dua fasa, dalam satu bangunan.
Stesen Battersea A dibina antara tahun 1929 dan 1935 manakala stesen Battersea B yang terletak di sebelah timur pula dibina antara 1937 hingga 1941.
Pembinaan stesen janakuasa ini terbantut dan dihentikan seketika ekoran Perang Dunia Kedua dan bangunan ini siap sepenuhnya pada tahun 1955.
Battersea B dibangun dengan reka bentuk yang hampir sama dengan Battersea A, menghasilkan struktur dengan empat cerobong yang ikonik.
Pemandangan Stesen Janakuasa Battersea sebelum dinaiktaraf. |
Battersea A ditutup operasinya pada tahun 1975 dan pada tahun 1980 struktur bangunan ini diberikan status Gred II dan Battersea B ditutup tiga tahun kemudian. Pada tahun 2007 status senarai bangunan ini secara keseluruhanan dinaik taraf menjadi Gred II.
*Gred II - merupakan senarai bangunan yang tersenarai, atau struktur yang disenaraikan dimana ianya telah didaftarkan di salah satu dari empat badan berkanun yang dikendalikan oleh Historic England di England, Historic Environment Scotland di Scotland, Cadw di Wales, dan Northern Ireland Environment Agency di Ireland Utara.
Sejak ditutup (dari 2007) bangunan itu telah dikosongkan sehinggalah 2014 dan pada masa itu, bangunan ini terlalu uzur dan hampir runtuh.
Pelbagai usaha telah dibuat untuk mengekalkan struktur bangunan ini namun tiada satu pun yang berhasil sehinggalah pada tahun 2012 dimana pihak kerajaan England membuka bidaan untuk menaiktaraf kawasan dan bangunan ini.
Pada tahun itu juga Ernst & Young telah membuat perjanjian eksklusif dengan syarikat Malaysia iaitu SP Setia dan Sime Darby untuk membangunkan kawasan ini yang merangkumi 253 unit kediaman, bar, restoran, ruang pejabat, kedai dan ruang hiburan.
Rancangan tersebut diluluskan dan pembangunan semula dimulakan beberapa tahun kemudian. Pada tahun 2021, bangunan dan keseluruhan pembangunan tapak seluas 42 hektar dimiliki oleh konsortium pelabur Malaysia.
Tetapi, tahukah anda, pada ketika itu projek pembangunan semula Stesen Janakuasa Battersea ini bukan sahaja dibida oleh syarikat dari Malaysia malah turut dilakukan oleh kelab bolasepak Chelsea.
Chelsea dipercayai mahu menukarkan bangunan ini menjadi stadium bolasepak ikonik menggantikan stadium mereka, Stamford Bridge.
Chelsea revealed in plans last month that they intended to transform the Grade II listed building on the south bank of the River Thames in to "one of the most iconic football stadiums in the world". - Independent.
Memetik berita tahun 2011 yang dilaporkan oleh akhbar Guardian, Chelsea melahirkan rasa kecewa mereka setelah syarikat Malaysia dipilih sebagai pemilik Stesen Janakuasa Battersea baharu.
Perancangan Chelsea adalah untuk membina stadium berkapasiti 60,000 tempat duduk di Stesen Janakuasa Battersea musnah setelah syarikat Malaysia berjaya membida kawasan dan bangunan tersebut.
Gambaran stadium baharu Chelsea jika menggunakan Station Janakuasa Battersea |
Laporan Independent lebih 'mengharukan' dalam melaporkan kekalahan bidaan Chelsea dengan memaparkan gambar Stesen Janakuasa Battersea beserta 'babi terbang'. Tak sangka jugak dorang pun suka guna 'babi terbang' dalam menggambarkan kuat sembang.
Berbalik kepada kejayaan syarikat Malaysia memiliki projek mega di tengah kota London ini, ianya bakal menyumbang keuntungan berpuluh bilion Ringgit kepada syarikat Malaysia itu termasuklah KWSP.
The Malaysian consortium, comprising S P Setia Bhd, Sime Darby Bhd and the Employees Provident Fund, that is turning the 42-acre site into a huge complex of apartments, shops and offices in an £8bil project, has sold more than 1,300 homes so far in three rounds. - The Star.
Projek milik Malaysia ini menjadi salah satu tempat pelancongan utama di London. |
Perdana Menteri Malaysia dan Britain ketika itu iaitu Najib Razak dan David Cameroon. |
Rujukan:
1. https://www.theedgemarkets.com/article/trx-talks-apple-inc-open-store
2. https://www.independent.co.uk/sport/football/premier-league/chelsea-stadium-blow-battersea-power-station-bid-lost-7826710.html?fbclid=IwAR2zkp7nYMmnuk2bkFTZTW5DnhM3s7vvNnbbaiLeVjpFMnHc7qt0YJjHAds
3. https://batterseapowerstation.co.uk/