Dion Cools sah sebagai pemain ke-26 skuad Harimau Malaya

Teka-teki siapakah pemain ke-26 skuad Harimau Malaya terjawab.

Sebelum ini, heboh diperkatakan skuad Harimau Malaya akan menerima seorang lagi pemain kacukan yang akan memperkuatkan pasukan Tan Cheng Hoe bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand.

Nama Dion Cools menjadi sebutan selepas kelab yang diwakili pemain tersebut, FC Midtylland mengesahkan pemain kacukan negara dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh mereka menerusi satu kenyataan media dimana Dion Cool menjadi antara pemain yang dipanggil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk perlawanan kelayakan dan persahabatan.

Bagaimanapun kenyataan tersebut telah dipadam dan teka-teki mengenai siapakah pemain kacukan yang akan memperkuatkan skuad kebangsaan terus menjadi tanda tanya.

Kemudian, semalam laman Youtube rasmi milik FAM membuat pengumuman mengenai skuad kebangsaan akan menerima pemain ke-26 yang akan menyertai aksi kelayakan di Dubai.

Selepas beberapa jam FAM memberikan bayangan pemain ke-26 Malaysia akan tiba menyertai kem latihan di UAE, kini Dion Cools secara rasmi diumumkan sebagai pemain terbaru yang akan memperkuatkan skuad Harimau Malaya.

Namun sebelum penguman rasmi dibuat, FAM sekali lagi bermain teka-teki dengan memuatnaik status memaparkan gambar untuk mengajak para penyokong meneka siapakah pemain itu.

Dia ajak main teka-teki pulak.

Dengan pengesahan dibuat FAM, kini pastinya penyokong dan peminat Harimau Malaya tidak sabar untuk menyaksikan kehebatan dan kemampuan Dion Cools bersama skuad kebangsaan.

Skuad negara akan berdepan UAE pada 4 Jun ini, diikuti Vietnam (12 Jun) sebelum mengakhiri kempen kelayakan di Dubai dengan menentang Thailand pada 16 Jun.

Adakah Dion Cools mampu memberikan sumbangan yang diharapkan dan membantu Malaysia mencari kemenangan untuk muncul juara kumpulan G?

Alhamdulillah, pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools telah bersama pasukan di Dubai, UAE, hari ini dan secara rasmi sah diumum sebagai pemain ke-26 dalam skuad Harimau Malaya.

Ini berikutan selepas segala proses dokumentasi di peringkat FIFA dan AFC, terutamanya berhubung status kelayakannya, pendaftaran dan lain-lain telah selesai.

Dengan kehadiran beliau, ia akan dapat memberi nilai tambah serta memperkasakan lagi pasukan Harimau Malaya.

Harapan saya kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penyokong setia Harimau Malaya, doakan pasukan kita ini untuk beroleh kejayaan. Amin.

-- Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin

Post a Comment

Previous Post Next Post