Mengapa Piala Dunia akan diadakan setiap 2 tahun.

FIFA mempertimbangkan untuk mengadakan kejohanan utamanya setiap dua tahun, bukannya empat.

Sejak tahun 1930, ketika edisi pertama diadakan di Uruguay, kejohanan Piala Dunia lelaki telah diadakan setiap empat tahun sekali manakala edisi wanita pula yang dilancarkan pada tahun 1991, turut menggunakan formula sama iaitu setiap empat tahun.

Namun, kedua-dua kejohanan tersebut mungkin berubah setelah undian dilakukan pada Kongress FIFA Jumaat baru-baru ini.

Dalam langkah yang dapat memberi pengaruh besar pada struktur bolasepak global, FIFA sedang mempertimbangkan untuk mengadakan kejohanan utamanya setiap dua tahun, bukan empat. 

Semasa kongres tahunannya pada hari Jumaat (waktu tempatan), sebilangan besar negara memilih untuk melaksanakan kajian kemungkinan mengubah kitaran semasa yang dilaksanakan setiap empat tahun ketika ini.

Walaupun langkah ini masih di peringkat awal tetapi ia menerima sokongan kuat dari majoriti untuk memperkasakan  dan menguasai kalendar bolasepak dari segenap penjuru.

Pemandangan udara Estadio Centenario di Montevideo, bagi aksi Final Piala Dunia FIFA pertama, 30 Julai 1930.

Cadangan siapa untuk mengubah kitaran empat tahun Piala Dunia?

Pada hari Jumaat, cadangan untuk melancarkan kajian kebolehlaksanaan bagi menentukan keberkesanan idea itu dikemukakan oleh Arab Saudi

Ketika diundi, 166 dari 209 negara anggota FIFA menyokong dan 22 menentang, sementara baki yang lain bertindak berkecuali. Sebelum ini (pada bulan Mac), idea ini telah disuarakan oleh mantan pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang sekarang bertindak sebagai Pengarah Pembangunan FIFA.

Adakah ini kali pertama idea seperti ini dicetuskan?

Bekas presiden FIFA, Sepp Blatter melakukan tekanan serupa pada tahun 1999. Terdapat reaksi sengit, terutamanya dari UEFA, badan pentadbir bolasepak Eropah. Namun, Blatter membantah kritikan itu dan mengatakan kejohanan Piala Dunia perlu diadakan setiap dua tahun sekali bagi 'meningkatkan kualiti bolasepak pasukan kebangsaan'. 

Dia juga mendakwa bahawa penantian selama 16 tahun untuk sebuah benua menjadi tuan rumah Piala Dunia setelah mengadakannya adalah jurang yang terlalu lama. Ideanya, bagaimanapun, tidak menemui penyelesaian dan kata putus.

Apa hujah yang dibuat untuk menyokong cadangan kali ini?

FIFA dan penyokong idea ini telah menggunakan motivasi monetari yang jelas dengan justifikasi dua kejohanan Piala Dunia dalam tempoh empat tahun akan meningkatkan peluang pendapatan dengan ketara.

Wenger, dalam wawancara dengan Le Parisien, mengatakan ada keperluan untuk menyusun semula kalendar bolasepak "sejajar dengan evolusi masyarakat". Salah satu ideanya adalah "mungkin menganjurkan Piala Dunia dan Euro setiap dua tahun dan menghentikan yang lain."


Presiden FIFA Gianni Infantino, ketika mendakwa ada ruang untuk membuat perubahan pada kalendar antarabangsa selepas 2024, mengatakan, mengadakan Piala Dunia secara dwitahunan akan membantu negara-negara di luar Eropah untuk beraksi dalam kejohanan yang lebih bermakna. 

“Di Afrika, dari 54 negara, hanya lima yang layak ke Piala Dunia. Sekiranya anda tidak memenuhi syarat, apa yang anda lakukan selama empat tahun akan datang? Tidak ada apa-apa? " dia menyoal.

Piala Dunia setiap dua tahun akan hilang seri dan nilai?

Itu adalah salah satu hujah terbesar terhadap idea ini. Ramai yang bimbang bahawa mengadakan Piala Dunia setiap dua tahun akan menurunkan nilai kejohanan itu sendiri. 

Pada masa ini, Piala Dunia adalah salah satu kejohanan yang paling didambakan oleh setiap negara kerana pasukan mempersiapkan dan menantinya selama empat tahun. 

Wenger, bagaimanapun, mempunyai pendapat berbeza. "Liga Juara-Juara diadakan setiap tahun dan sangat berprestij. 

"Orang mahu melihat perlawanan yang penting, pertandingan yang penting, ”katanya seperti dipetik dari Le Parisien.

Kesan kepada kejohanan lain?

Piala Dunia setiap dua tahun pasti akan mengurangkan perlawanan persahabatan antarabangsa, yang dianggap tidak bermakna. Sekiranya terdapat kejohanan dwitahunan, sebahagian besar tarikh perlawanan persahabatan antarabangsa itu akan diambil untuk tujuan aksi kelayakan.

Tetapi kesan yang lebih besar akan berlaku pada kejuaraan benua, dan inilah sebab mengapa UEFA cenderung menentang idea ini. 

UEFA mengadakan Kejohanan Euro, yang dianggap sebagai salah satu kejohanan bolasepak global yang paling sukar (mencabar) dan menguntungkan selepas Piala Dunia, kejohanan yang diadakan setiap dua tahun.

Sekiranya FIFA mengadakan acara terulungnya setiap dua tahun, ada kemungkinan terdapat pertembungan antara dua kejohanan bolasepak antarabangsa terbesar.

Copa America, walaupun diadakan secara tidak teratur, ianya dijalankan pada kalendar tahun yang sama dengan Piala Dunia. Jadi Piala Dunia setiap dua tahun juga akan memaksa negara-negara Amerika Selatan untuk melihat kalendar kejohanan mereka juga. 

Piala Negara-Negara Afrika diadakan setiap dua tahun sementara pasukan dari Asia mengadakan Sukan Asia dan Piala Asia dalam tempoh diantara (jurang) empat tahun antara Piala Dunia.

Beban pemain semakin meningkat?

Ironinya, cadangan FIFA datang menjelang akhir musim yang paling sukar dan perit di dunia ketika ini.

Mengadakan Piala Dunia setiap dua tahun, bermaksud lebih banyak perlawanan akan diadakan baik di peringkat kelayakan mahupun pada kejohanan utama.

Ini akan menjadi tambahan kepada perlawanan untuk kebanyakan kejohanan lain.

Piala Dunia telah diperluaskan menjadi 48 pasukan mulai 2028, kejohanan serantau telah juga telah ditambah lebih banyak pasukan dan FIFA juga telah mengumumkan Piala Dunia Kelab yang akan dijalankan setiap empat tahun dengan 24 pasukan terlibat mulai tahun ini.

Sementara UEFA telah merombak kembali format Liga Juara-Juara, menyebabkan pemain bermain lebih banyak perlawanan dan turut telah memperkenalkan Liga Bangsa Eropah pada tahun 2018, kejohanan dwitahunan.

Ini bererti kelab harus melepaskan pemain mereka dengan lebih kerap, yang akan menyebabkan kelewatan dalam penyambungan semula liga domestik dan menambah risiko kecederaan. 

Infantino (Presiden FIFA) mengatakan bahawa faktor-faktor ini akan dipertimbangkan dalam kajian mereka.

"Kami akan mengkajinya dan melihat kesannya dari sudut kesihatan pemain, gangguan atau tidak mengganggu liga kebangsaan dan pertandingan antarabangsa," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post