"Anda adalah sebagus pasukan anda" luahan Xhaka.

Xhaka mengatakan dia selalu tampil dengan berkesan tetapi sangat pahit mengenai pencapaian pasukan dipenghujung musim.

Ketika ini anda sudah pun mengetahui bahawa Granit Xhaka sedang berunding dengan AS Roma mengenai perpindahan ke pasukan Serie A itu, dan Arsenal pula difahamkan juga sedang berunding dengan rakan mereka dari Itali mengenai harga pemain tersebut.

Banyak yang telah diperkatakan mengenai perkara ini, termasuk dakwaan bahawa pemain antarabangsa Switzerland itu sangat berminat untuk berpindah berikutan musim agak mengecewakan bersama The Gunners yang kendalikan Mikel Arteta.

Xhaka sendiri bermain dengan sangat kerap, lebih kerap dipilih oleh pengurus Sepanyol itu, tetapi itu tidak bermakna dia gembira dengan bagaimana semuanya berjalan di Emirates.

Sebab itulah dia mencari angin baharu di bawah seorang pengurus berpengalaman, yang terkenal dengan kemenangan dan kejuaraan.

Ketika ini, Xhaka bersama pasukan kebangsaan Switzerland menjelang Euro 2020 dan pemain berusia 28 tahun itu sedang menyiapkan diri untuk kejohanan tersebut, di mana harapannya adalah dia dan rakan sepasukannya cukup kompetitif untuk mara lebih jauh kali ini.

Itulah apa yang diperkatakannya kepada Blick yang mana dia yakin bahawa pasukan Switzerland mampu mencipta sejarah pada edisi kali ini.

Selain ditanya mengenai perkembangannya bersama pasukan kebangsaan itu, dia juga ditanya mengenai kisahnya di Emirates.

Bagaimanapun dia enggan mengulas mengenai masa depannya bersama Arsenal setelah dikaitkan dengan perpindahan keluar.

Pun begitu, dia tetap gembira untuk membincangkan musimnya di Arsenal.

Dia berkata: "Bolasepak adalah sukan berpasukan dan anda adalah sebagus pasukan anda. 

"Sudah tentu, ini adalah tahun yang baik bagi saya secara peribadi, saya selalu bermain dan tampil berkesan, tetapi kedudukan pasukan pada akhir musim ini, tentu saja, sangat pahit dan mengecewakan bagi kami ”.

Mengenai adakah terdapat masalah yang dihadapi Arsenal pada musim yang mengecewakan ini, dia menambahkan: "Sudah tentu ada beberapa masalah, yang tidak berjalan dengan baik, tetapi sekarang tidak ada gunanya menoleh ke belakang".

Dalam pada itu, Arsenal dilaporkan sedang berusaha mendapatkan pemain Wolves, Ruben Neves sebagai pengganti kepada Xhaka.

Arteta melihat pemain Portugal itu sebagai gandingan sesuai untuk Thomas Partey dan yakin dengan pengalaman Liga Perdana Inggeris pemain itu mampu membentuk gandingan yang mantap di Emirates.

Post a Comment

Previous Post Next Post