Onana tidak akan kekal di Ajax.

Arsenal berada di posisi terbaik untuk menandatangani Andre Onana dengan pemain itu tidak mempunyai peluang untuk kekal di kelab semasa musim panas ini.

Ketika ini dia digantung dari sebarang aksi kerana melanggar peraturan berkaitan dengan penggunaan bahan terlarang dan masa depannya di Ajax Amsterdam boleh dikatakan sudah berakhir.

Pemain antarabangsa Cameroon menyaksikan hukumannya dikurangkan dari 12 menjadi sembilan bulan, yang akan menjadi berita baik bagi pihak yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

 Arsenal antara yang disebut-sebut sebagai berminat dan menjadi pilihan untuk menandatanganinya.

Difahamkan Arsenal mencari seorang penjaga gol baharu bagi memberi saingan kepada Bernd Leno dan mereka mensasarkan kepada Onana, yang seharusnya tersedia dengan harga yang murah, sejak Marc Overmars mahu menyingkirkan pemain tersebut.

Freek Jansen dari Voetbal International, sebagaimana dipetik dari SoccerNews, menjelaskan apa maksud situasi ini untuk pemain tersebut, Ajax dan Arsenal.

Dia berkata: "Dari awal September, Onana dapat menyambung latihan secara berkumpulan, dan hampir tidak ada kemungkinan ini akan diadakan di Amsterdam. 

"Onana mahu pergi, Ajax terus mencari pengganti dan Arsenal berada di posisi terbaik.

"Persoalannya bukan lagi adakah, tetapi apakah nilai yang perlu dibayar untuk pemain Cameroon ini akan meninggalkan Belanda. 

"Dan yang terakhir mungkin diamanahkan kepada Marc Overmars ”.

Ajax sudah membuat gerakan untuk memastikan posisi penjaga gol mereka penuh musim depan, kerana difahamkan mereka akan membawa masuk Remko Pasveer dan Jay Gorter.

Tambah pula, Ajax sudah pun mempunyai Maarten Stekelenburg yang ditandatangani mereka pada June 2020.

Dengan itu, boleh dikatakan Arsenal sememangnya mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan Onana pada musim panas ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post