Arsenal antara yang paling berminat terhadap pemain tengah Anderlecht.

Arsenal adalah antara kelab yang paling berminat terhadap Albert Sambi Lokonga dari Anderlecht dengan pasukan Belgium mengintai perjanjian € 20 juta.

Itu menurut Sudinfo, yang mengatakan pasukan Vincent Kompany sudah mengenal pasti pengganti pemain tengah itu.

Mereka menjelaskan bahawa Anderlecht ingin menandatangani pemain Argentina, Fausto Vera, dengan rundingan sudah pun berlangsung antara semua pihak.

Fausto Mariano Vera adalah pemain bolasepak profesional Argentina yang bermain sebagai pemain tengah untuk Argentinos Juniors.

Ada juga yang mendakwa bahawa perbincangan itu berjalan dengan baik dan sekiranya perkara itu adalah betul maka ia juga akan mengesahkan bahawa Lokonga kemungkinan akan berpindah dalam beberapa minggu akan datang.

Lokonga banyak dikaitkan dengan Arsenal sejak beberapa minggu kebelakangan ini, malah mendakwa Thierry Henry sibuk mempromosikan pemain berusia 21 tahun itu ke bekas kelabnya (Arsenal).

Sebenarnya, Henry dilaporkan membantu Arsenal dalam menandatangani pemain tersebut dengan cara meyakinkan Lokonga untuk berpindah.

Thierry Henry, Albert Sambi Lokonga, Youri Tielemans dan Romelu Lukaku.

Sudinfo menyokong dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa Arsenal adalah antara yang paling berminat dengannya, di samping Monaco, Sevilla dan Bayer Leverkusen.

Pengurusan Anderlecht terbuka untuk penjualan dan berharap dapat menjana pendapatan sekurang-kurangnya €20 juta dalam sebarang kemungkinan urusan perpindahan pemain itu.

Sama ada pihak berminat sedia membayar jumlah yang dipinta kelab Belgium itu, masih belum jelas. Tetapi harganya ada dan langkah Anderlecht mencari pengganti menunjukkan Lokonga akan berpindah pada musim panas ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post