Kelab berminat dapat menandatangani pemain tengah Arsenal ini pada harga kurang dari €15 juta.
Sudah dinyatakan berulang kali di Perancis bahawa Marseille ingin menandatangani Matteo Guendouzi dari Arsenal pada musim panas ini.
Pada hujung minggu, L'Equipe melaporkan bahawa 'tidak mungkin' pemain tengah itu akan tetap berada di Emirates selepas jendela perpindahan.
Pemain berusia 22 tahun itu tidak termasuk dalam rancangan Mikel Arteta untuk musim 2020/21, yang menyaksikan dia menghabiskan kempen musim lalu secara pinjaman di Hertha Berlin.
Selepas tamat tempoh pinjaman itu, dia akan kembali ke kelab Utara London, tetapi masa depannya bersama The Gunners semakin pudar.
La Provence kini memfokuskan pada usaha yang dilakukan oleh pasukan Jorge Sampaoli untuk melengkapkan perpindahan bekas pemain Lorient itu.
Didakwa pemain itu telah mencapai kesepakatan dengan kelab Ligue 1, tetapi harus mencari penyelesaian dengan Arsenal.
Nasib pemain itu bergantung kepada keputusan Arsenal dalam melepaskan pemain itu pada nilai yang akan dipersetujui bersama kelab Perancis tersebut.
Menurut dakwaan itu, perpindahan Guendouzi ke Marseille masih tersangkut pada rundingan antara kelab tersebut dengan Arsenal.
Arsenal ingin memutuskan hubungan dengan Guendouzi, yang masih berbaki satu tahun kontraknya dengan mereka. Bayaran kurang dari €15 juta dijangka untuk Marseille menyelesaikan perpindahan ini, menurut laporan itu tadi.