Barcelona akan berjumpa wakil Emerson Royal dengan Arsenal antara yang berminat.

Arsenal memerlukan sekurang-kurangnya €25 juta dengan laporan menggambarkan kelab London berminat untuk menandatanganinya dan Barcelona akan bertemu dengan ejen pemain minggu ini.

Emerson Royal akan melengkapkan perpindahan yang diidam-idamkannnya sekian lama setelah Blaugrana dan Real Betis menandatanganinya dalam perpindahan bersama, yang penuh dengan kerumitan pada 2019.

Pemain tersebut akan menyertai Barcelona pada musim panas ini setelah tamat tempoh pinjamannya di Real Betis.

Pemain bek kanan itu bercakap pada hujung minggu di Brazil dan mengesahkan dia akan berpindah ke Camp Nou dan menegaskan bahawa dia berharap dapat bermain untuk Barcelona musim depan.

Mempunyai impian untuk menyarung jersi kelab tersohor, pemain berusia 22 tahun itu jelas tidak mempunyai keinginan untuk digunakan dalam perjanjian bersama pihak lain, atau dijual dengan cepat untuk mendapatkan keuntungan.

Namun, Barcelona menghadapi masalah kewangan dan Emerson mungkin tidak akan menjadi satu keperluan untuk diletakkan dalam senarai keutamaan mereka. 

Di sinilah Arsenal muncul dengan Mundo Deportivo melaporkan The Gunners berminat terhadap pemain ini.

Barcelona telah ‘memanggil’ ejen Emerson untuk mengadakan pertemuan bagi memutuskan langkah-langkah seterusnya.

Selain Arsenal, Bayern Munich dan Inter Milan juga dikreditkan dengan minat dan dinyatakan penjualan hanya akan dipertimbangkan sekiranya terdapat tawaran yang hadir dengan nilai ‘sekurang-kurangnya €25 juta’ pada musim panas ini.

Arsenal dan yang lain seharusnya mempertimbangkan dengan serius perkembangan ini dan adakah itu layak untuk dipertaruhkan terhadap pemain yang mana mempunyai impian untuk beraksi bersama Barcelona serta keinginan pemain itu untuk menyarung jersi gergasi Sepanyol itu buat pertama kalinya, baru sahaja bermula.

SEJARAH PERPINDAHAN EMERSON ROYAL KE BARCELONA

Pada 31 Januari 2019, Atletico mengumumkan pemain mereka, Emerson akan berpindah ke Barcelona, berkuat kuasa pada Julai 2019 dengan nilai bayaran sebanyak €12.7 juta.

Kesepakatan itu terdiri daripada operasi kewangan bersama antara dua kelab Sepanyol dengan Barcelona dan Real Betis, masing-masing menanggung separuh kos pembelian pemain itu.

Ini bermakna Emerson Royal dimiliki oleh dua kelab La Liga dan sebarang penjualan ataupun keputusan mengenai masa depan pemain ini perlu diputuskan bersama.

Emerson Royal menjadi pemain Betis pada bulan Julai 2019, dengan Barcelona memegang pilihan untuk mendapatkannya kembali pada harga €6 juta pada tahun 2021. 

Dia pada awalnya menyertai Betis secara pinjaman dari Atletico untuk baki musim 2018-19, di mana sepanjang tempoh itu dia hanya membuat tujuh penampilan untuk kelab itu.

Kemudian, dia dipinjamkan dari Barcelona untuk musim seterusnya selama 2 tahun, juga kepada Real Betis menjadikan diri telah bersama kelab itu selama tiga musim.

Post a Comment

Previous Post Next Post